Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Sabtu, Disember 10, 2011
Dunia Novelis Bergolak Lagi
Saya dengar dunia novelis bergolak lagi. Ini pastilah berkenaan Ombak Rindu. Asalnya apa yang diwar-warkan ialah mahu penerbit filem mahu kembalikan zaman kegemilangan filem-filem berunsur drama. Dahulu, filem-filem seperti ini, dipelopori oleh pelakon-pelakon seperti Sidi Oraza, Fauziah Nawi, Faisal Hussein dan ramai lagi.
Kini filem ini menjengah panggung dan terus mendapat kutipan yang sangat tinggi. Ombak Rindu begitu beruntung, kerana dapat dijadikan filem. Namun, penulis filem tidak mendapat keuntungan yang besar daripada filem tersebut. Aku tumpang simpati. Namun begitu, dikatakan jualan novel Ombak Rindu kembali laris di pasaran, ramai orang mengunjungi kedai-kedai buku untuk mencari novel Ombak Rindu ini. Takdir, apa yang kau rasa?
Saya dimaklumkan oleh Saudara Amiene Rev, bahawa beliau sudah mula menulis. Saya kurang sihat sejak akhir-akhir ini. Saya tidak tahu kenapa saya tidak sihat. Saya tidak tahu kenapa saya kurang segar. Saya cuma tahu, saya mahu sihat.
Tekanan. Tekanan yang menyerang saya, sudah mati. Kebimbangan. Kebimbangan yang menghantui saya, sudah alah. Saya, masih sama seperti dahulu. Saya, masih mengejar kejayaan dengan tegas dan garang.
Saya tinggal berhampiran dengan tempat seorang pelajar membunuh diri. Bilik orang membunuh diri. Seorang gadis cina, telah menggantung dirinya di dalam bilik. Gadis ini, hidupnya habis begitu sahaja. Tekanan. Tekanan boleh menyebabkan kematian.
Saya sedang menunggu, buku kisah hidup saya ditulis oleh sahabat saya yang seorang ini. Saya tidak tahu sama ada masa masih mengizinkan saya untuk menatap buku tersebut. Saya tidak pasti, tidak yakin lagi, berapa lama saya akan wujud di dunia ini.
Fikirkan sihat. Romantis, fikirkan kesihatan datang kepada dirimu. Kata Amiene Rev kepada saya pada suatu ketika. Sekarang dia sangat sibuk. Dia kembali sibuk, tetapi bila ada perkara-perkara penting, dia pasti memberitahu saya. Dia sentiasa mengingati saya. Kawan-kawan, sahabat-sahabat, atau orang-orang yang dia kenal, dia suka menolong mereka. Kadangkala, kawan-kawan, sahabat-sahabat, atau orang-orang yang dia kenal tidak tahu pun yang dia menolong mereka. Dia menolong secara senyap-senyap. Itu memang tabiat dia. Amiene Rev... Amiene Rev...
Saya harap dia akan terus sukses! Hai, apa lagi yang saya mahu tulis di sini. Saya penat. Saya mahu lelap. Oh, ya, tidak lupa, Selamat Hari Guru, Selamat Hari Ibubapa... buat semua.
Menjelang Epilog: South - Sebelum Blog Ini Dibukukan
Assalamualaikum dan salam hormat,
Buat semua pembaca dan pengunjung. Jika ini kali pertama anda berkunjung ke blog saya, maka pastikan anda membaca pengumuman ini. Jika ini kali kedua, ketiga atau berkali-kali sudah, anda berkunjung ke blog saya, maka ini juga catatan yang paling penting di dalam blog ini.
Biar saya perkenalkan siapa saya. Nama saya Romantis Selatan. Juga dipanggil orang sebagai South. Pak Sinaganaga memanggil saya Roman. Kebanyakan blogger memanggil saya RS. Saya mengumumkan, blog ini sudah hampir tamat kisahnya. Berdasarkan perjanjian yang telah kami buat buat suatu ketika dahulu: segala isi kandungan di dalam blog ini akan disunting dan disatukan ke dalam sebuah novel, suatu hari nanti.
Sebelum novel itu terbit, akan ada 10 orang terpilih dari kalangan orang terdekat, yang akan meneliti isi kandungannya, gaya bahasanya, mesejnya dan sebagainya. 10 orang ini sama ada penilai secara sukarela atau penilai yang saya bayar kerana mencuri masanya. Mereka juga adalah orang-orang terpelajar, yang pernah memberi sokongan kepada saya sepanjang saya berada di dalam kesusahan. Mereka bukan sahaja orang Melayu, malah ada juga India dan Cina.
Mereka akan menilai tahap penulisan saya dan saya akan mengubahnya menjadi sebuah karya teragung pernah lahir dalam sejarah Melayu. Ini doa, doa orang yang teraniaya.
Dahulu saya tercari-cari dan tertanya-tanya, "Siapakah agaknya penulis yang paling layak untuk menulis buku ini?"
Kemudian, pada akhirnya, saya memutuskan bahawa orang yang paling layak untuk menulis buku ini pastilah seorang sahabat yang paling mengenali diri saya. Rakan seguru saya. Orang itu ialah Amiene Rev, seorang savant dalam bidang psikologi, yang juga dikenali sebagai Dragonizer. Pengasas Forum Akademik - Dragonizer's Forum yang kini sudah mencatat lebih 1 juta pengunjung.
Saya memilih Amiene Rev, kerana sepanjang tempoh ini, menerusi nama Dragonizer yang digunakannya, dia telah banyak membantu saya memulihkan semula semangat, memulihkan semula nilai-nilai kemanusiaan dan harga diri saya sebagai seorang anak, seorang manusia, seorang yang cuba untuk terus selamat dalam menghadapi bencana mental.
Mengenai penerbit pula, saya tidak mahu menunggu siapa pula yang patut menerbitkan buku ini. Bak kata, apa guna menaruh harapan, seolah-olah penerbit-penerbit itu Tuhan kepada penulis. Tidak kira syarikat apa pun, buku ini pasti akan diterbitkan juga. Terpulang kepada penerbit mana yang cepat menyatakan kesudiannya. Bak kata, sesiapa yang tahu menghargai, maka dialah yang akan mendapat. Siapa yang memandang rendah dan picisan, melambat-lambatkan balasan persetujuan, maka tertutuplah pintu untuknya.
Novel itu nanti bukan sahaja mengandungi kisah-kisah di dalam blog ini, tetapi, ada beberapa kisah lain yang tidak pernah saya ungkit di dalam blog ini. Kisah-kisah itu mengandungi rahsia-rahsia yang bergelumang antara keindahan dan kepahitan hidup, penuh teladan.
Aku, Romantis Selatan, tidak dapat lagi menulis mengenai kehidupan aku. Sekarang aku sudah buka mata aku, mengetahui, betapa aku ini tidak berbakat dalam bidang penulisan.
Kalau benar aku ini orang yang berbakat, sudah lama aku disambar oleh mana-mana syarikat penerbitan, bersungguh-sungguh mahu menerbitkan hasil tulisan aku.
Jadi, sekarang. Aku sedar, aku tidak ada bakat seperti itu. Membaca semula semua tulisan aku, betapa banyak cacat cela yang aku sendiri rasa, inikah aku? Kenapa, kenapa begitu teruk sekali hasil tulisan aku. Lemah. Tidak bermaya. Layu.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Kulit buku... ... boleh dibuat sendiri atau minta bantuan sahabat setia aku itu.
Tema... sedia ada
Bilangan muka surat... sedang dirancang
Saiz buku... sudah ditetapkan
Jumlah sekuel... dua atau tiga
Bahasa... Melayu, Inggeris
Penerbit... Sendirian Berhad
Promosi... Diri sendiri dan Sahabat setiakawan
Edaran... Diri sendiri dan Sahabat setiakawan
Kewangan... Diri sendiri dan Sahabat setiakawan
Aku patut belajar daripada penulis-penulis blog yang sudah menerbitkan buku-bukunya sendiri. Barangkali sudah sampai masanya untuk aku ke sekolah lama aku, melihat kalau-kalau masih ada guru-guru yang pernah mengajar aku.
Biarlah tidak ada penerbit atau pengedar sekali pun, aku pasti akan mampu mengedarkan buku-buku ini sendiri. Bukankah penulis-penulis blog yang lain-lain itu pun berusaha sendiri? Mungkin lambat sedikit, tapi sekurang-kurangnya suatu ketika nanti, aku akan berpeluang memiliki mesin cetak sendiri dan syarikat sendiri.
Rakan-rakan setiawan sekalian... aku mahu menguji kalian, sama ada kalian benar-benar kawan atau pun lawan. Jika kalian mahu menjadi lawan, maka, marilah! Mari kita lihat siapa yang akan kekal! Aku akan 'membunuh diri' kalau aku kalah! Setuju? Bagus!
Aku mahu bermula dari bawah, menulis dan menerbitkan buku sendiri... jadi sokonglah aku, sekiranya kalian sahabat-sahabat aku (biarpun kalian tidak pernah membaca blog ini, tapi aku harap suara hati aku ini akan sampai kepada kalian semua!).
Dalam api yang menyala-nyala, Satu jasad akan hilang nyawa..
Buku kisah hidup Romantis Selatan akan ditulis tidak lama lagi. Di dalam buku itu bukan sahaja akan mengandungi kisah hidup beliau sebagai seorang pelajar istimewa, tetapi juga beberapa kisah lain yang tidak pernah diceritakan di dalam blog beliau. Kisah yang lebih tragis dan ironik berbanding dengan apa yang pernah diceritakan di sini.
Buku ini akan ditulis oleh seorang sahabat rapat beliau yang juga merupakan seorang blogger, yang berkongsi hasrat dan cita-cita yang sama dengannya.
Melihat Sendiri Novel Kau Laksana Bulan Dibeli Orang. Habis Sekelip Mata!
"Semalam, aku dengar Tuan Romantis ke kedai buku lagi." Kata Pheonix.
"Kedai buku yang sama?" Tanya Jenab.
"Tidak, kali ini di MPH. " Jawab Pheonix.
"Kalau begitu apakah yang telah berlaku?" Tanya Jenab lagi
"Tuan senang hati. Tuan melihat sendiri bagaimana Novel Kau Laksana Bulan yang tinggal satu di rak buku itu habis dibeli orang." Jawab Pheonix, bangga.
"Wah! Bagaimana-bagaimana ceritanya?" Jenab bertambah minat untuk mengetahui.
"Asalnya begini. Ada seorang wanita dan seorang lelaki..."
"Ah, barangkali itu teman lelakinya!" Jerit Safar dan Syawal.
"Shhh! Diam. Apa yang berlaku selepas itu?" Jenab menghampiri Pheonix.
"Ketika itu Tuan Romantis Selatan sedang duduk berhampiran dengan buku itu. Datang seorang wanita memegang telefon bimbit, bercakap-cakap sesuatu. Ada dua nama yang disebut."
"Ah, nama siapa?" Jenab kelihatan bimbang.
"Salah satunya ialah Damya Hanna dan satu lagi Kak Aina Emir." Pheonix cuba mengingat kembali.
"Selepas itu?" Tanya Jenab lagi.
"Wanita itu memegang novel Kau Laksana Bulan." Jawab Pheonix dengan nada berbisik.
"Kalau begitu dia mahu membelinya?" Tanya Jenab, juga dengan nada berbisik.
"Belum lagi, dia bercakap-cakap lagi di telefon. Tuan Romantis Selatan sudah berdebar-debar." Pheonix turut berdebar-debar apabila mengucapkan ayat-ayat ini.
"Apa yang terjadi selepas itu?" Denyutan jantung Jenab bertambah pantas.
"Wanita itu keluar sekejap dan berbincang dengan teman lelakinya. Ketika itu Tuan Romantis Selatan datang dan memegang buku itu, lalu meletakknya baik-baik di rak." Pheonix menggigil. Dia membayangkan debaran yang dapat dirasai oleh si penulis, eh aku, ketika itu.
"Adakah Tuan Romantis Selatan melakukan sesuatu?" Jenab semakin berdebar.
"Ya. Dia berdoa dan sekiranya buku itu dibeli, maka habislah buku Kau Laksana Bulan di kedai itu." Kata Pheonix sambil menarik nafas dalam-dalam.
"Selepas itu?"
"Wanita itu datang balik dengan teman lelakinya, dan mengambil novel tersebut!" Ujar Pheonix, dengan nada hampir menjerit.
"Dia jadi membelinya?" Jenab membeliak matanya. Cuba mendapatkan kepastian.
"Ya! Tuan Romantis Selatan mengekori dari belakang, kebetulan Tuan pun mahu membayar harga sebuah buku akademik yang dibelinya." Lancar sekali Pheonix menjawabnya.
"Seronok! Seronok! Aku bagai memahami perasaan Tuan." Jenab melompat-lompat gembira.
"Ya sekurang-kurangnya peristiwa ini dapat mengurangkan kesedihan Tuan, buat seketika." Akui Pheonix.
"Apa agaknya perasaan Tuan, kalau suatu hari nanti dia menulis buku dan melihat bukunya sendiri laris di kedai?"
Jenab dan Pheonix tersenyum-senyum sambil berfikir. Mereka terus memandang ke langit. Malam itu masih lagi tiada bintang. Namun di hati tetap terang.
Di tangga Kedua Carta Buku Paling Laris di Kedai Buku POPULAR seluruh Malaysia.
Pheonix berjalan perlahan-lahan mendekati Sayap Tunggal. Dia melihat Sayap Tunggal tersenyum-senyum.
"Kenapa ini?"
"Ah... ada sesuatu yang mengusik hatiku. Itu sahaja,"jawab Sayap Tunggal.
"Itu sahaja. Tak mahukah, kau berkongsi dengan aku?" Pheonix menaikkan alisnya.
"Tuan Romantis Selatan sedang senang hati sekarang."
"Kenapa?"
"Buku novel cinta Kau Laksana Bulan, tulisan Kak Aina Emir berada di tangga kedua buku paling laris pada Disember tahun 2006." Jawab Sayap Tunggal dengan ceria.
"Oh, buku itu. Dengar kata, Tuan Romantis Selatan juga ada menyumbang sesuatu di dalam buku itu."
"Oh, apa?" Jenab tiba-tiba memaparkan dirinya, secara abstrak.
"Jenab, sebelum kau, aku dan Pheonix dicipta..."
"Kami pun belum!!!" Jerit Safar dan Syawal.
"Ya... ya... jangan menyampuk. Sebelum itu, Tuan Romantis Selatan ada menyumbangkan sesuatu untuk novel Kau Laksana Bulan itu."
"Apa dia?" Jenab makin kehairanan.
"Kalau nak tahu beli buku itu? Buku itu di tangga ke-2 buku paling laris di pasaran!!!"
Jenab lantas mengeluarkan dompetnya. Melihat ada not-not merah. Ada dua keping.
Pada ketika itu, saya telah berada di suatu tempat yang berwarna putih. Saya tidak tahu apakah tempat ini. Cahayanya cukup terang. Di satu tempat ada sebuah meja dan sebuah kerusi. Ada sebuah laptop dan buku. Di atas kerusi itu duduk seorang gadis.
Gadis itu termenung sendirian. Seolah-olah merenung. Merenung masa depannya barangkali. Merenung... takdir? Barangkali.
Saya mendekatinya.
"Oh?" Gadis itu terkejut. Dia memandang saya.
"Maafkan saya. Cik, tahu di mana saya berada sekarang?"
"Ah, ini. Ini adalah dunia novel. Ini adalah dunia novel Kau Laksana Bulan." jawab gadis itu sambil tersenyum. Senyumnya memikat hati.
"Ya? Cik ini..."
"Saya Adrianna. Watak utama dalam novel ini. Saya seorang..."
"Penulis novel yang masih mencari jodohnya. Mempunyai emak yang suka membebel, bukan?" Saya memotong percakapan Adrianna. Saya harap dia tidak marah saya menekanya secara begitu.
"Ya? Awak tahu? Bagaimana?" Wajah gadis itu kelihatan terkejut. Keningnya terangkat. Anak matanya sedikit membeliak.
"Saya dah baca novel awak..." Terus terang saya beritahu gadis itu.
"Jadi awak tahu siapa jodoh saya?" Adrianna bangkit dari kerusi itu, meluru ke arah saya.
"Adrianna!!!" terdengar jeritan suara seorang mak cik.
"Cepat pergi! Awak cepat pergi... itu ibu saya!" Adrianna kelihatan agak pucat.
Jari telunjuknya menghara ke satu arah. "Di situ, cepat!"
Saya terus berlari ke arah itu.
"Siapa nama awak?" Gadis itu menjerit. Suaranya sayup-sayup kedengaran.
Hari ini saya menerima suatu hadiah penghargaan daripada Kak Aina Emir. Sebuah novel. Ini adalah novel kesayangan saya. Judulnya Kau Laksana Bulan.
Novel ini mengisahkan kehidupan seorang penulis novel, Adrianna dan emaknya yang agak kelakar walaupun suka membebel. Adrianna digesa oleh emaknya supaya berkahwin cepat. Namun, Adrianna masih tercari-cari calon suami yang paling sesuai.
Dalam usaha untuk mencari calon suami itu, Adrianna telah bertemu dengan empat jejaka. Tidak kurang juga beberapa kejutan yang akan anda temui di dalam novel ini. Empat jejaka itu memiliki personaliti yang berbeza.
Gaya penulisan Novelis Aina Emir yang lancar serta puitis menyejukkan hati saya untuk terus membacanya. Saya pernah membaca novel karya Damya Hanna dan Norhayati Berahim. Jika Novelis Damya Hanna terkenal dengan cara penulisan yang langsung dan tajam, jika Novelis Norhayati Berahim terkenal dengan gaya penulisan yang tenang dan berisi, Novelis Aina Emir pula dengan penulisan yang ringkas dan puitis.
Panduan dan Tips Menulis dalam novel Kau Laksana Bulan.
Saya belum habis membaca novel ini, tetapi sudah terpikat dengan ayat pertama, kedua dan seterusnya. Novel ini juga ada menyediakan panduan untuk mencari calon suami, panduan untuk mencari ilham menulis novel. Para pembaca akan melihat bagaimana Adrianna menyelesaian masalah dalam penulisan novel. Bagaimana cara mencipta hero, bagaimana cara memburu ilham secara tak langsung.
Selepas tamat minggu ujian nanti, saya akan membaca novel ini dengan teliti untuk ulasan selanjutnya.
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut