Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Khamis, Februari 15, 2007
Penerbit Buku Sendiri
Kulit buku... ... boleh dibuat sendiri atau minta bantuan sahabat setia aku itu.
Tema... sedia ada
Bilangan muka surat... sedang dirancang
Saiz buku... sudah ditetapkan
Jumlah sekuel... dua atau tiga
Bahasa... Melayu, Inggeris
Penerbit... Sendirian Berhad
Promosi... Diri sendiri dan Sahabat setiakawan
Edaran... Diri sendiri dan Sahabat setiakawan
Kewangan... Diri sendiri dan Sahabat setiakawan
Aku patut belajar daripada penulis-penulis blog yang sudah menerbitkan buku-bukunya sendiri. Barangkali sudah sampai masanya untuk aku ke sekolah lama aku, melihat kalau-kalau masih ada guru-guru yang pernah mengajar aku.
Biarlah tidak ada penerbit atau pengedar sekali pun, aku pasti akan mampu mengedarkan buku-buku ini sendiri. Bukankah penulis-penulis blog yang lain-lain itu pun berusaha sendiri? Mungkin lambat sedikit, tapi sekurang-kurangnya suatu ketika nanti, aku akan berpeluang memiliki mesin cetak sendiri dan syarikat sendiri.
Rakan-rakan setiawan sekalian... aku mahu menguji kalian, sama ada kalian benar-benar kawan atau pun lawan. Jika kalian mahu menjadi lawan, maka, marilah! Mari kita lihat siapa yang akan kekal! Aku akan 'membunuh diri' kalau aku kalah! Setuju? Bagus!
Aku mahu bermula dari bawah, menulis dan menerbitkan buku sendiri... jadi sokonglah aku, sekiranya kalian sahabat-sahabat aku (biarpun kalian tidak pernah membaca blog ini, tapi aku harap suara hati aku ini akan sampai kepada kalian semua!).
Dalam api yang menyala-nyala, Satu jasad akan hilang nyawa..
Saya pun tengah belajar menerbitkan buku sendiri. Semuga kita berjaya. Banyak bertanya dengan kawan penulis lain yang pernah menerbit. Belajar prosedurnya. Dapatkan borang memohon no ISBN melalui laman web: http://www.pnm.my/new/melayu/khidpnerbit/mohon_isbn.htm. Dapatkan pinjaman (jika perlu) dari pada DBP bagi kos mencetak sahaja. Skim ini memang ada, pinjamn-bayar balik!
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
mudah-mudahan kau berjaya terbitkan buku tu... tetapkan azam.. fokus!!! bukan semua bermula dgn mudah. jgn cepat putus asa...
Semoga sukses!!!