Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Isnin, Februari 05, 2007
Melihat Sendiri Novel Kau Laksana Bulan Dibeli Orang. Habis Sekelip Mata!

"Semalam, aku dengar Tuan Romantis ke kedai buku lagi." Kata Pheonix.

"Kedai buku yang sama?" Tanya Jenab.

"Tidak, kali ini di MPH. " Jawab Pheonix.

"Kalau begitu apakah yang telah berlaku?" Tanya Jenab lagi

"Tuan senang hati. Tuan melihat sendiri bagaimana Novel Kau Laksana Bulan yang tinggal satu di rak buku itu habis dibeli orang." Jawab Pheonix, bangga.

"Wah! Bagaimana-bagaimana ceritanya?" Jenab bertambah minat untuk mengetahui.

"Asalnya begini. Ada seorang wanita dan seorang lelaki..."

"Ah, barangkali itu teman lelakinya!" Jerit Safar dan Syawal.

"Shhh! Diam. Apa yang berlaku selepas itu?" Jenab menghampiri Pheonix.

"Ketika itu Tuan Romantis Selatan sedang duduk berhampiran dengan buku itu. Datang seorang wanita memegang telefon bimbit, bercakap-cakap sesuatu. Ada dua nama yang disebut."

"Ah, nama siapa?" Jenab kelihatan bimbang.

"Salah satunya ialah Damya Hanna dan satu lagi Kak Aina Emir." Pheonix cuba mengingat kembali.

"Selepas itu?" Tanya Jenab lagi.

"Wanita itu memegang novel Kau Laksana Bulan." Jawab Pheonix dengan nada berbisik.

"Kalau begitu dia mahu membelinya?" Tanya Jenab, juga dengan nada berbisik.

"Belum lagi, dia bercakap-cakap lagi di telefon. Tuan Romantis Selatan sudah berdebar-debar." Pheonix turut berdebar-debar apabila mengucapkan ayat-ayat ini.

"Apa yang terjadi selepas itu?" Denyutan jantung Jenab bertambah pantas.

"Wanita itu keluar sekejap dan berbincang dengan teman lelakinya. Ketika itu Tuan Romantis Selatan datang dan memegang buku itu, lalu meletakknya baik-baik di rak." Pheonix menggigil. Dia membayangkan debaran yang dapat dirasai oleh si penulis, eh aku, ketika itu.

"Adakah Tuan Romantis Selatan melakukan sesuatu?" Jenab semakin berdebar.

"Ya. Dia berdoa dan sekiranya buku itu dibeli, maka habislah buku Kau Laksana Bulan di kedai itu." Kata Pheonix sambil menarik nafas dalam-dalam.

"Selepas itu?"

"Wanita itu datang balik dengan teman lelakinya, dan mengambil novel tersebut!" Ujar Pheonix, dengan nada hampir menjerit.

"Dia jadi membelinya?" Jenab membeliak matanya. Cuba mendapatkan kepastian.

"Ya! Tuan Romantis Selatan mengekori dari belakang, kebetulan Tuan pun mahu membayar harga sebuah buku akademik yang dibelinya." Lancar sekali Pheonix menjawabnya.

"Seronok! Seronok! Aku bagai memahami perasaan Tuan." Jenab melompat-lompat gembira.

"Ya sekurang-kurangnya peristiwa ini dapat mengurangkan kesedihan Tuan, buat seketika." Akui Pheonix.

"Apa agaknya perasaan Tuan, kalau suatu hari nanti dia menulis buku dan melihat bukunya sendiri laris di kedai?"

Jenab dan Pheonix tersenyum-senyum sambil berfikir. Mereka terus memandang ke langit. Malam itu masih lagi tiada bintang. Namun di hati tetap terang.

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 7:39 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites