Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Ahad, Februari 04, 2007
Ketaatan Lebih Hina Berbanding Kebenaran

"Aku lihat Tuan Romantis Selatan sering termenung sejak akhir-akhir ini." Kata Pheonix pada suatu hari.

"Barangkali dia masih teringatkan apa yang dikatakan oleh ibunya beberapa bulan lalu," duga Sayap Tunggal

"Ketika?" Jenab berminat untuk mengetahui.

"Semasa dia pulang ke kampung. Tidak lama dulu," jawab Sayap Tunggal.

"Perkara yang sama?" Teka Jenab.

"Ya..." Sayap Tunggal menghembuskan nafas. Nampaknya watak-watak ini dapat merasai apa yang dirasai oleh tuan mereka, kecuali... dua ekor mutiara hidup yang masih menari-nari di tepi pantai. Biarkan makhluk berdua itu menjadi lalat di sana, sebelum mereka datang menyampuk.

"Ibunya kata, Tuan Romantis Selatan sepatutnya melawan cakapnya dulu. Tidak sepatutnya mengikuti apa yang ibunya suruh dahulu."

"Segala kesalahan berpihak kepada Tuan Romantis Selatan." Kata Pheonix.

"Sekarang Tuan Romantis sedang membuat keputusan. Adakah, ketaatan itu penting?" Sayap Tunggal pula bersuara.

"Aku rasa tidak. Ketaatan itu tidak ada apa-apa maknanya." Jawab Jenab.

"Bagaimana pula ketaatan kau kepada Tuan Romantis Selatan?" Tanya Sayap Tunggal lagi.

"Aku pasti akan taat kepada Tuan, kerana Tuan yang mencipta kita. Kita berbuat sesuatu apa pun atas kehendak Tuan." Jenab meluahkan pandangannya.

"Bagaimana pula ibu yang melahirkan kau?" Tanya Sayap Tunggal lagi.

Jenab terdiam. Pheonix turut terasa. Mereka tidak tahu siapa ibu bapa mereka. Tidak pernah mereka terfikir akan hal ini.

"Aku, ada ibu bapakah?" Jenab merenung jauh.

"Kebenaran ini harus dicari..." Pheonix bersuara. "Seperti dahulu kau fikirkan kau ini adalah Garuda Bersayap Emas. Namun sekarang, kebenarannya, Garuda Bersayap Emas itu adalah Tuan dan bukannya diri kau."

"Benar... aku terfikir, antara ketaatan dengan kebenaran, manakah lebih penting?" Sayap Tunggal mengangguk sambil menunduk. "Apabila kau taat kepada seekor anjing, itu adalah hina, bukan? Apabila kau taat kepada Tuhan itu lain pula halnya, itu mulia."

"Kalau begitu, kebenaran itu lebih penting. Sayang sekali, Tuan dibesarkan dalam keadaan terkongkong selama ini. Hingga cita-citanya pun..." Jenab tidak dapat menghabiskan kata-katanya.

Ketiga-tiga watak itu berdiri, sambil merenung jauh ke arah lautan yang tidak ada penamatnya. Bunyi pasir ditiup angin. Bunyi ombak menghempas pantai dan langit tetap membiru...

Safar dan Syawal terus menari-nari. Kejar mengejar, tanpa ada sebarang masalah pun.

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 1:08 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites