Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Ahad, Februari 04, 2007
Tuan Dalam Kerinduan
Jenab masih mendiamkan diri. Dia masih membelek-belek buku di tangannya. Buku novel yang bertajuk, Kau Laksana Bulan yang baru dibelinya. Jenab tiba-tiba termenung.
Sayap Tunggal yang berjalan-jalan di pinggir pantai turut rebah. Pheonix berasa pening-pening kepala, turut rebah. Safar dan Syawal yang bernyala-nyala dengan cahaya turut malap.
"Gejala apakah ini?" Sayap Tunggal cuba bangkit tetapi tidak berdaya.
"Ini pasti... berkaitan dengan... Tuan... Tuan Romantis Selatan." Pheonix juga, sedaya upaya cuba bangkit dari pembaringannya.
"Wingggg! Winggggg!" Safar dan Syawal juga cuba terbang kembali.
Jenab datang dengan keadaan yang agak suram. Sedih.
"Tuan Romantis Selatan, rindukan kampung halamannya..." Jenab tiba-tiba jatuh. Dia menongkat dengan sebelah tangannya.
"...tetapi Tuan tidak dapat balik!"
"Sebab jika Tuan balik... dia akan lebih... menderita."
Jenab rebah terus! Tidak sedarkan diri.
Oleh itu jangan balik! Atau semua watak-watak ini akan terbunuh.
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut