Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Rabu, Februari 07, 2007
WARG!

Dalam samar-samar kegelapan, Garuda Biru Perak alias Sayap Tunggal duduk termenung sambil mengibas-ngibas sepasang sayapnya. Bunyi bising seperti bilah-bilah pedang diasah kedengaran. Nampaknya setiap daun sayapnya amat tajam dan merbahaya. Kelihatan kepulan kabus sejuk di sekeliling badannya. Kabus yang memancarkan kedinginan jiwa Rhapsody Selatan.

"Aku... sudah hilang pedoman."

Matanya memancarkan cahaya biru perak, dan berkelip-kelip dalam keadaan yang gelap itu.

"Kenapa?" Bagaimana Garuda Biru Perak itu mampu memjawab persoalan ini? Dia tidak dapat memancarkan tulisan hatinya. Derita yang terpendam dalam jiwanya, laksana ais tajam yang menikam dadanya. Dia bingung. Dia sedih. Dia marah dan memberontak!

-0-

Sementara itu, di Pulau Yang Dipulaukan. Masih ada Pheonix, Jenab, Safar dan Syawal. Mereka sudah tahu apa yang telah terjadi terhadap Sayap Tunggal.

"Sekarang fahamlah aku, Sayap Tunggal itu diwujudkan, untuk memisahkan bahagian gelap dalam diri Tuan Romantis Selatan." ujar Pheonix.

"Namun kita wajib menyelamatkan Sayap Tunggal dari terus ditelan kegelapan." Tegas Jenab.

"Benar..." Pheonix mendiamkan dirinya. Memejamkan matanya. Mendongak ke langit. "Safar! Syawal!"

Safar dan Syawal seperti memahami sesuatu. Mereka meluncur laju... lalu berputar-putar mengelilingi Pheonix, dan lenyap perlahan-lahan.

"Apabila suria kesepian... bayu akan datang menyapa awan." Badan Pheonix berubah menjadi kaku seperti ais. Pucat. Putih. Membiru.

"Pheonix bangkit dari abu..."

Perlahan-lahan jasad Pheonix hancur, bercerai-berai menjadi abu!

"Abu yang suci..." Dalam bisikan angin yang lalu, abu-abu itu berterbangan. Bayu telah kembali. Pheonix telah hilang.

"Jenab... aku akan pergi mencari Sayap Tunggal." Abu-abu itu berputar-putar perlahan-lahan, mengikut arah angin.

"Tunggu!" Jenab, wanita abstrak. Melangkah ke arah abu-abu yang berterbangan. "Biar aku ikut sama."

"Kau?" Suara-suara yang berserak kedengaran dalam tanda soal.

Jenab memejamkan mata. Dia membayangkan Sayap Tunggal. Perlahan-lahan, kelihatan satu lembaga bersayap biru perak di depan matanya.

Abu-abu itu kelihatan terpegun seketika. Nampaknya Jenab mempunyai kebolehan yang nyata jauh lebih luarbiasa berbanding dirinya.

"Buka!" Jenab membuka matanya. Di hadapannya, kelihatan Garuda Biru Perak, sedang merenungnya dengan sepasang bulatan cahaya biru perak yang menakutkan.

"Moooooooooooooooooooooooooooooooo!!!!!" Garuda Biru Perak meraung, sambil meluncur laju ke arah Jenab. Belum sempat dia mencakar Jenab, Jenab sudah hilang dan muncul di belakangnya. Garuda Biru Perak menyerigai, menampakkan barisan gigi putih berkilauan dalam gelap.

"Tuan Rhapsody Selatan..." Jenab merenung lembaga tersebut.

"Berikan hamba suatu nama baru..."

Rhapsody Selatan berhenti seketika. "Wanita ini memanggil aku... Tuan?"

"Siapa kau?" Tanyanya.

"Tuan sudah lupa akan hamba?"

"Hmmm?" Dengan suara yang serba garau. Rhapsody Selatan tenggelam dalan tanda tanya.

"Mio Nemico..." Rhapsody Selatan mengingati sesuatu.

"Fantaghiro..."

Jenab, atau Fantaghiro mengangguk. "Apabila Tuan dalam kesesatan akal. Hubungi orang ini. Orang yang menyampai mesej ini kepada Tuan. Dia akan membantu Tuan, memahami apa maksud Rhapsody Selatan yang sebenar. Hamba dicipta, untuk tujuan itu..."

"Bayu..." Jenab memanggil lembut. Sambil memandang ke arah abu-abu yang berterbangan.

Abu-abu yang berterbangan itu perlahan-lahan bercantum, membentuk tubuh seorang wanita, berbaju kebaya berwarna biru dan putih. Dia ialah Bayu...

Bayu berdiri tegak. Kedua-dua belah lengannya kelihatan lemah longlai. Bayu tunduk. Tiba-tiba muncul api berwarna keemasan membakar tubuhnya. Anak mata Bayu kelihatan merah membara. Bayu mengangkat mukanya memandang Rhapsody Selatan.

Api emas semakin marak membakar tubuh Bayu. Tiba-tiba warna badan dan bajunya bertukar menjadi warna keemasan. Bayu membentang kedua-dua belah tangannya ke samping. Dengan telapak tangan yang terbuka, api keemasan terus membakar tubuhnya dan cahaya menjadi semakin terang.

Tiba-tiba, dari kedua-dua belah sikunya, tumbuh sepasang sayap. Sayap itu menjalar ke bahu, kemudian terus melepasi kepala. Rambut Bayu yang lurus panjang itu mengikal, bergulung-gulung menukar warna dari hitam ke warna emas. Cahaya keemasan terus terpancar. Bayu berubah semula menjadi Pheonix. Pheonix yang sebenar, bukan lagi Pheonix yang dahulu.

"Perubahan Pheonix telah sempurna." Ujar Pheonix.

Label:

posted by Romantis Selatan @ 9:19 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites