Langit gelap. Suasana ketika itu, malam. Pulau besar itu yang hanya dihuni lima watak. Sayap Tunggal, Pheonix, Jenab, Safar dan Syawal. Tidak ada sesiapa pun peduli bagaimana kehidupan kelima-lima watak ini.
Hari ini Sayap Tunggal bercelaru. Fikirannya tidak tenteram.
"Kau harus cari kebenaran itu..."
"Siapa diri engkau yang sebenarnya?"
"Aku bukan Garuda Bersayap Emas!"
"Aku ini bukan dia!"
Kekecewaan terhadap kata-kata ibunya. Kekecewaan terhadap apa yang berlaku sepanjang... 8 tahun ini. 8 tahun... 8 tahun... yang sia-sia?
Apa yang kau telah lalui sepanjang 8 tahun ini? Cuma satu perempat sahaja yang dapat kau kongsikan di sini.
Lelaki dan wanita tidak boleh bersahabat baik... kau akan menyesal suatu hari nanti.
Tanah itu sudah lama dibanjiri air, dan orang yang kau cari-cari itu sudah menjadi rangka...
Mereka bukan ibu bapa engkau, itu hakikat yang kau harus terima. Jangan cari mereka lagi. Mereka sudah lupa akan diri engkau.
Adik-adik engkau sudah mati, jangan biarkan suara mereka bermain-main lagi dalam fikiran engkau.
Cacat Matematik, itu hakikat yang kau harus hadapi...
Kau juga... hayat kau sudah tinggal... lakukan sesuatu sebelum kau tidak dapat melakukannya.
Sayap Tunggal meraung kesakitan! Tiba-tiba matanya memancarkan cahaya biru perak.
"Hmmm!" Sayap Tunggal menekup kepalanya. Bahu kirinya tiba-tiba membengkak. Seperti ada sesuatu mahu tumbuh.
"Waaaaaaaaaaaarrrrrggggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!"
"Sayap Tunggal... ingatlah siapa diri engkau!"
Seperti bunyi bilah-bilah pedang yang diasah. Sayap Tunggal kini sudah memiliki sepasang sayap berwarna biru perak.
"Aku... aku ini Garuda Biru Perak. Bahagian yang menderhaka...."
Sayap Tunggal... tidak Garuda Biru Perak melonjak ke udara sambil mengibas-ngibas sayapnya.
"Aku ini adalah bahagian gelap dalam diri Romantis Selatan...."
Dengan wajah yang angkuh dan dingin. Garuda Biru Perak memandang ke arah suria yang amat dimusuhinya. Ekspresi kebencian terpancar pada wajahnya. Matanya terus bercahaya biru perak yang amat menyilaukan. Kedinginan jelas terasa.
"Aku ini Rhapsody... Selatan. Aku tidak perlu patuh kepada sesiapa!!!"
Garuda Biru Perak lantas meluru laju membelah lautan. Permukaan laut memercik, terbahagi dua. Ketika itu, Pheonix mula terasa... ada sesuatu yang tidak kena. Safar dan Syawal lantas mendapati Pheonix. Ketika ini badan penulis semakin lemah...
-Dalam api yang marak membakar- -Satu nyawa akan dipadamkan-
Dan tahukah apa maksudnya Garuda? Iaitu Kebebasan dan Pemberontakan!
Label: Pemberontakan, Sayap Tunggal |