Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Jumaat, Februari 16, 2007
Aku Bukan Penulis Berbakat
Aku, Romantis Selatan, tidak dapat lagi menulis mengenai kehidupan aku. Sekarang aku sudah buka mata aku, mengetahui, betapa aku ini tidak berbakat dalam bidang penulisan.
Kalau benar aku ini orang yang berbakat, sudah lama aku disambar oleh mana-mana syarikat penerbitan, bersungguh-sungguh mahu menerbitkan hasil tulisan aku.
Jadi, sekarang. Aku sedar, aku tidak ada bakat seperti itu. Membaca semula semua tulisan aku, betapa banyak cacat cela yang aku sendiri rasa, inikah aku? Kenapa, kenapa begitu teruk sekali hasil tulisan aku. Lemah. Tidak bermaya. Layu.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
Ini.... biar dia, dan hanya dia sahaja, yang menulisnya untuk aku.
hai,,.. baru arini sy sempat menjenguk.. membaca setiap penulisan yg penuh peristiwa sendiri... menulislaa dgn hati kerana pembaca lebih suka membaca sesuatu yg lahir dari lubuk hati kita... sy bercita² nak jd penulis walau tak berbakat.. tapi ada bijak pandai memberi sy tips.. tulislah dengan mata hati menggunakan mata pena.. semua boleh jadi penulis.. trust ur self..
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
Saya amat bersedih dan semoga Allah SWT mengurniakan yang terbaik baginya.