Setiap kali hujan turun, seringkali mengingatkan aku pada tangisan. Kerana pada bulan Disember ini, selalu sekali berlaku peristiwa yang mencengkam jiwa, menggusar hati dan pintu tawa pun tertutup. Pada bulan ini, kurang muncul sinar matahari, suasana mendung kurang ceria.
Tetapi rintik-rintik hujan selalu sekali membuat aku tersedar, betapa tenangnya hari yang dipenuhi air-air dari langit tinggi. Rupa-rupanya titis-titis dari angkasa ini, bisa mewujudkan sejenis ketenangan yang tidak dapat dirasai pada lain-lain musimnya. Label: Diari |