Hari itu, 19 November 2011, ketika itu kenderaan bergerak perlahan ke Selatan, dan kemudian keretaku dirempuh dari belakang oleh seorang lelaki India. Lelaki India yang budiman ini tidak melarikan diri, sebaliknya bergegas mendapatkan aku. Aku pun berjabat tangan dengannya. Lelaki India ini berjanji akan membayar ganti rugi kerana telah merempuh bumper keretaku. Aku bersetuju. Ini kali pertama keretaku terlibat dalam kemalangan. Kemalangan ini pun bukan kerana salahku.
Kami berangkat menuju ke sebuah bengkel kereta yang dimiliki oleh seorang anggota kongsi gelap Cina. Selepas lelaki India membayar wang pada seorang tauke bengkel berbangsa Cina, aku pun mendapat bumper kereta yang baru. Pada petang itu lelaki India itu menelefon aku, memberitahu aku bahawa dia mahu membeli nombor ekor. Katanya nombor plat kereta aku mungkin bertuah. Aku tergelak kecil. Begitulah kisah bumper ekor dan nombor ekor. Label: Diari, SURAT UNTUK TAKDIR 2011 |