Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Sabtu, Disember 10, 2011
Dunia Novelis Bergolak Lagi

Saya dengar dunia novelis bergolak lagi. Ini pastilah berkenaan Ombak Rindu. Asalnya apa yang diwar-warkan ialah mahu penerbit filem mahu kembalikan zaman kegemilangan filem-filem berunsur drama. Dahulu, filem-filem seperti ini, dipelopori oleh pelakon-pelakon seperti Sidi Oraza, Fauziah Nawi, Faisal Hussein dan ramai lagi.

Kini filem ini menjengah panggung dan terus mendapat kutipan yang sangat tinggi. Ombak Rindu begitu beruntung, kerana dapat dijadikan filem. Namun, penulis filem tidak mendapat keuntungan yang besar daripada filem tersebut. Aku tumpang simpati. Namun begitu, dikatakan jualan novel Ombak Rindu kembali laris di pasaran, ramai orang mengunjungi kedai-kedai buku untuk mencari novel Ombak Rindu ini. Takdir, apa yang kau rasa?

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 1:36 PG   0 comments
Isnin, November 21, 2011
Bumper Kereta dan Nombor Ekor

Hari itu, 19 November 2011, ketika itu kenderaan bergerak perlahan ke Selatan, dan kemudian keretaku dirempuh dari belakang oleh seorang lelaki India. Lelaki India yang budiman ini tidak melarikan diri, sebaliknya bergegas mendapatkan aku. Aku pun berjabat tangan dengannya. Lelaki India ini berjanji akan membayar ganti rugi kerana telah merempuh bumper keretaku. Aku bersetuju. Ini kali pertama keretaku terlibat dalam kemalangan. Kemalangan ini pun bukan kerana salahku.

Kami berangkat menuju ke sebuah bengkel kereta yang dimiliki oleh seorang anggota kongsi gelap Cina. Selepas lelaki India membayar wang pada seorang tauke bengkel berbangsa Cina, aku pun mendapat bumper kereta yang baru. Pada petang itu lelaki India itu menelefon aku, memberitahu aku bahawa dia mahu membeli nombor ekor. Katanya nombor plat kereta aku mungkin bertuah. Aku tergelak kecil. Begitulah kisah bumper ekor dan nombor ekor.

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 9:20 PTG   0 comments
Ahad, November 20, 2011
SURAT UNTUK TAKDIR 2011 - Era Baru Romantis Selatan

Lama sudah aku meninggalkan kantor penulisan ini. Hari ini, 20.11.2011, aku kembali ke ruangan ini untuk menulis sepatah dua kata. Mungkin beratus-ratus kata, perkataan. Kali ini aku menulis tentang satu dunia asing yang bukan lagi dunia yang biasa aku lalui suatu ketika dahulu. Ini adalah dunia selepas graduasi. Selepas aku berjaya mencapai kejayaan dalam kerjayaku. Apa pun masih tetap ada satu persamaan, aku tetap merendah diri seperti dahulu. Tidak ada catatan yang boleh dibanggakan. Cuma beberapa kisah kejayaan.

Sekembalinya aku ke sini, aku mengingati berkali-kali, semua memori ketika aku masih di universiti. Aku mengingati rangkaian-rangkaian cerita dahulu, semuanya sudah berlalu. Aku masih tidak lupa untuk menghubungi guru-guru, pengajar-pengajarku yang dahulu. Bagaikan masa itu tidak pernah berhenti menunggu, supaya aku kembali ke sisinya. Seperti masa itu masih tetap terus merindui aku, yang dulu. Atau barangkali... masa itu sungguh terharu melihat aku kini datang menjenguknya.

Sayang sekali, masa itu tidak bernyawa, tidak berperasaan seperti kita-kita semua. Adakah sesiapa di sini yang akan mengalu-alukan aku? Aku tidak pasti, aku tidak mengharap apa-apa pun. Aku cuma mahu mencatat apa yang aku rasa kini. Tentang pekerjaanku barangkali, atau tentang kisah-kisah hidup manusia di sampingku barangkali?

Nah, ini aku, sedang bercerita kini...

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 7:14 PTG   0 comments

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites