Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Jumaat, Ogos 04, 2006
Blog dan SMS
Sejak akhir-akhir ini, manusia semakin suka menulis blog. Tidak kurang juga seekor harimau dan seekor naga. Oh ya, ada lagi seekor dugong yang sentiasa senyum. Selain itu daun juga boleh menulis. Begitu juga tuan punya tanah pusaka. Ada lagi profesor dan pensyarah. Juga tidak lupa kepada seorang pelajar yang tidak habis-habis belajar di sebuah IPT di Selatan Tanah Air. Ehem!
Kita dapat lihat bagaimana blog dan sms mencetus era penulisan yang serba baru. Bahasa dirojakkan, juga diringkaskan. Seperti baju-baju anak gadis yang makin singkat; dan rambut yang berwarna merah, biru dan ungu; juga bersubang dan bertindik, huruf-huruf dan simbol-simbol tertentu digabungkan untuk menunjukkan emosi seperti tersenyum, marah, bingung dan lain-lain.
Tujuan penyingkatan bahasa dalam SMS suatu ketika dahulu menimbulkan kebimbangan ramai pihak betapa fenomena ini boleh merosakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Alasan meringkaskan bahasa dalam SMS boleh diterima memandangkan ruang SMS bagi sesetengah telefon bimbit adalah terhad.
Persoalannya, kenapa di dalam blog, masih ada penggunaan bahasa singkatan dan rojak? Ini adalah suatu isu yang menarik untuk dikupas. Budaya menulis blog kini berkembang pesat di Malaysia sehingga dapat menarik perhatian pihak kerajaan. Blog bukan sahaja sebagai jurnal peribadi atau meluahkan pandangan, malah juga boleh menjadi medan hasutan dan fitnah yang berupaya menggugat kedudukan seseorang dalam pelbagai bidang seperti politik, hiburan, ekonomi dan sebagainya.
Blog adalah suatu bentuk penulisan yang bebas. Boleh jadi puisi, boleh jadi diari, boleh jadi jurnal intelektual, rencana atau artikel. Bebas, sebebasnya. Blog tidak mempunyai format yang tetap.
Blog adalah medan komunikasi untuk berkongsi pandangan dalam realiti maya. Manusia bebas membicarakan sesuatu yang dirasakan benar. Ini adalah medan kebebasan manusia untuk meluahkan apa yang terpendam di dalam jiwa. Menerusi blog, manusia dapat membina keyakinan diri, keberanian untuk bersuara, mendisiplinkan diri dan
memahami erti kesunyian dan penderitaan orang lain.
Pembaca blog adalah orang yan prihatin. Mereka mengisi ruang-ruang komen dengan kata-kata semangat. Menghidupkan kembali hati yang telah mati. Oleh itu, blog merupakan satu cara untuk merawat jiwa seseorang.
Tidak lupa juga, blog boleh menjadi medan perniagaan dan menjana sumber kewangan. Betapa luasnya potensi blog.
RS: Mengantuk dan ingin tidur. Ada pertemuan dengan pensyarah pencen pada esok hari.
Dalam jangkamasa seminggu ini, saya masih menetap di tempat yang sama. Di Selatan. Di suatu tempat yang sudah biasa saya jejaki. Menghabiskan sebahagian besar hidup saya di sini... dan pada masa yang sama sentiasa diulit masalah-masalah tertentu.
Tidak ada semua masalah boleh diceritakan begitu sahaja. Mesti ada sebab untuk menceritakan sesuatu masalah itu, menulis sebagai satu terapi. Blog sebagai medan peribadi untuk dikunjungi oleh para pembaca, untuk meneliti permasalahan dan penyelesaiaannya.
Tidak lupa kepada para pembaca yang tidak putus-putus mengirimkan e-mel kepada saya. Terima kasih. Jika ada masa, saya akan ceritakan hal-hal yang lain pula. Tak sangka ramai yang memilih untuk menggunakan e-mel sebagai medan berbicara. Mungkinkah apa yang saya ceritakan agak peribadi untuk diselesaikan menerusi komen-komen umum?
Apa pun sekali lagi terima kasih. Sekarang saya sedar saya tidak begitu berseorangan.
Hari ini saya tertarik untuk mengulas peranan drama televisyen dalam mempromosikan tempat-tempat pelancongan tempatan. Korea menggunakan idea ini. Lokasi-lokasi menarik di negara mereka dijadikan lokasi penggambaran, juga untuk tarikan pelancong.
Para peminat drama tersebut, dari luar negara terus tertarik untuk menghayati sendiri pengalaman tersebut. Menghayati watak-watak drama. Seperti cerita Sherlock Holmes, yang mampu menarik pembaca pergi ke tempat-tempat yang tertulis dalam novel tersebut.
Inilah kehebatan drama Korea. Malaysia juga tidak kurang dengan keunikannya, cuma bagaimana agaknya penulis tempatan boleh cuba untuk meraih tarikan pelancong ke sesuatu tempat.
Kita lihat adegan bermain daun-daun kering, adegan salji dan berbasikal dalam drama-drama Korea. Itu satu bentuk tarikan pelancongan yang tersirat. Saya kira kaedah halus dan secara emotif untuk menarik perhatian penonton untuk berkunjung ke sana.
Kisah-kisah cinta memancing hati para penonton untuk berbulan madu di sana. Malah ada juga pakej-pakej seperti Pakej Pelancongan Winter Sonata diadakan. Lokasi-lokasi penggambaran pula dijadikan tempat untuk dikunjungi, supaya para pelancong dapat mengetahui kisah-kisah di sebalik tabir. Salah satu adalah kisah mengenai seorang gadis tukang masak yang menjadi doktor.
Malaysia juga memiliki kecantikan sendiri. Namun, sayang sekali kita harus menjadi orang asing untuk melihatnya. Syukurlah kerana ada juga yang dapat melihat kecantikan negara sendiri. Syabas dan penghormatan saya kepada mereka. Apakah tempat-tempat menarik di Malaysia yang boleh dikunjungi? Saya rasa ini jati diri orang Korea yang cukup kukuh. Menerusi skrip yang hebat, pelakon yang hebat dan arahan yang hebat, mereka menyumbang bukan sahaja kepada sektor hiburan malah pelancongan, ke arah sumber pendapatan ekonomi negara dengan lebih baik.
Bagi saya, para pelakon, juru kamera, penulis skrip, pengarah, penerbit, pengedar dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan drama tersebut adalah orang yang berjasa terhadap penduduk tempatan negara tersebut. Tidak lupa kepada para penduduk yang rajin membersihkan kawasan daripada sampah sarap, serta kerjasama yang diberikan. Ini semangat yang kita mahu.
Selamat berjuang kepada penerbit, pengarah, penulis skrip, para pelakon, juru kamera dan semua yang terlibat dalan dunia penerbitan! Teruskan berjuang untuk mempromosikan jadi diri Malaysia!
Antara Gosip dengan Buli Mawi dan antara Kad Merah Zidane dengan Anugerah
Cerita Zidane Cerita Merah
Semua orang sedang sibuk bercakap mengenainya. Zidane menghantukkan kepalanya kepada salah seorang pemain lawan, dan dilayangkan kad merah. Merah simbolik kepada keberanian dan juga kemarahan. Kad merah simbolik keberanian Zidane, juga kemarahan Zidane. Perancis kalah, namun Zidane tetap terima anugerah. Maka merah juga lambang anugerah.
RS: Merah semakin banyak maknanya. Muka merah akibat naik darah.
Merah Warna Mentor
Satu lagi kisah mengenai merah, ialah rancangan Mentor beberapa hari lepas. Mentor memang satu rancangan yang cukup kuat aura membunuhnya. Dua protege yang sama-sama berbakat, sayang sekali cuma satu sahaja yang akan diterima. Sayang seribu kali sayang. Sayang lahir dari hati. Hati juga berwarna merah. Mentor itu soal hati?
RS: Kalau dalam TV3, mentor dengan protege. Kalau dengan Puan Ainon, mentor dengan mentee.
Gosip Satu Bentuk Buli?
Semalam ada satu rancangan tv bercakap fasal buli. Afdlin Shauki pernah keluarkan cerita fasal buli. Hari ini Romantis Selatan juga bercakap soal buli. Kadangkala membuli boleh juga dilakukan secara bertulis. Gosip-gosip itu boleh jadi satu bentuk buli juga. Mendera perasaan artis. Seorang artis yang botak kepalanya pernah memberitahu, bangun pagi-pagi ingatkan dapat cari ketenangan, tetapi bila lihat berita fasal dirinya di muka depan akhbar, terus hilang minat dan rasa tertekan.
Real Madrid CF : Centrocampista Altura: 1.85m. Peso: 80.00kg. Nacionalidad: Francia Nacido: 23/Jun/1972 en Marsella (Francia)
"I have won many awards and I am very happy about this, but I am not the best player in the world." — Zinedine Zidane "It doesn't matter how many times you win an award, it is always very special." — Zinedine Zidane "When we don't know what to do, we just give the ball to Zizou and he works something out." — Bixente Lizarazu
Born in Marseilles, France, of Algerian parents Scored his first goal professionally in 1991; the president of the Cannes football club gifted him with a car. In his first international game (playing for France against the Czech Republic) in 1994, he scored two goals in 17 minutes. Won Golden Ball -- European MVP award for leading France to victory in 1998 World Cup FIFA Player of the Year in 1998, 2000, 2003. Became football's most expensive player in 2001, when Real Madrid acquired him for £46 million (roughly $66 million). Christian Dior's first male model. After being sidelined several times with injuries, he announced he would retire after 2006 World Cup games in Germany. Is featured as a LEGOminifigure, included in some of the soccer playsets.
Kadangkala saya kecewa melihat bagaimana cara sesetengah wartawan atau media mengupas kisah-kisah artis tempatan. Malah ada tulisan mereka yang boleh menjadi punca yang mengeruhkan lagi keadaan. Bukan sekadar tulisan, tindakan mereka dalam usaha untuk mendapatkan berita juga perlu dipertikaikan. Untuk memanaskan jualan surat khabar?
Saya berpendapat perlu ada akta yang melarang media dan artis daripada menyiarkan berita atau kenyataan gosip yang berkaitan dengan artis yang telah bertunang atau yang telah berumah tangga.
Seseorang artis perlu dinilai pada kebolehan dan bakatnya sebagai seorang artis, bukan kehebatan atau keindahan konflik rumah tangga atau percintaannya. Kenapa mesti heboh satu dunia apabila artis itu keluar dengan orang itu, orang ini? Kenapa mesti bising-bising bila artis tu dirisik oleh orang itu atau ini.
Memang berita itu sedap dan seronok untuk dibaca, namun kesannya?
Saya beranggapan, apabila seorang jurnalis itu mengupas menggosip artis yang telah berkahwin dengan artis lain, adalah cara paling murah, hina dan amatur dalam meningkatkan jualan akhbar, tabloid atau majalahnya.
Maksud saya, penulis itu kurang kemahiran menulis, maka dia mencari jalan pintas untuk naik. Penulisannya tidak kritis, membina atau tajam, atau dalam erti kata lain, tak layak untuk menjadi penulis dalam ruangan akhbar.
Banyak cara lagi yang boleh dilakukan untuk menaikkan nama artis dan membantu meningkatkan industri hiburan. Bukan gosip sahaja. Harap pihak media akan lebih kreatif. Lebih bijak. Lebih pandai berdikari.
Cipta identiti sendiri...
RS: Oh, ya? Setakat ini belum ada gosip mengenai penulis ruangan gosip dengan orang itu ini dibuat. Apa kata kita gosipkan pula penggosip-penggosip yang suka menggosip tu? =p
Suatu hari saya melihat orang-orang yang merokok. Tua, muda, kaya, papa bergaya dan lagi ada pula budak-budak sekolah. Astagfirullahalazim. Walau bagaimana pun jangan bimbang, saya telah menemui cara-cara yang paling romantis untuk berhenti merokok.
Cari Yang Terbaik Sebagai Teman Hidup Anda Rokok sungguh mengecewakan. Memudaratkan diri anda. Mengikis wang anda. Lagho. Rokok seperti kekasih yang tidak memahami diri anda, tidak menghargai anda. Materialistik. Anda pula terus tergila-gila, ketagihkan cintanya. Oleh itu tanamkan azam untuk mengubahnya.
Kekasih Yang Curang Anggaplah rokok sebagai kekasih yang yang curang. Kekasih anda yang bernama Cik Dunhill. Minah Malboro. Ayu Gudang Garam. Di depan anda bukan main dia mengaburi anda dengan asap-asap impiannya. Di belakang anda, dia terlekat dengan jejaka lain. Suatu hari anda melihat Cik Dunhill di tangan lelaki lain. Hancur hati anda. Lupakan dia, lupakan kisah tersebut. Cari yang lain yang lebih manis, menawan dan memikat hati. Ya, carilah gula-gula Hack!
Minta Sokongan daripada Si Dia Pemain bola perlukan sokongan untuk terus bermain, tetapi perokok memerlukan sokongan untuk berhenti merokok. Ya, kerana cinta lelaki boleh berubah. Si Dia harus menjadi lebih hebat daripada rokok itu.
Si Curang Itu Kembali Mungkin anda telah lama berjaya melupakan si dia yang telah berlaku curang terhadap anda. Namun, suatu hari anda telah melihat bekas kekasih anda itu muncul dengan gaya menggodanya terhadap lelaki lain. Ya! Segera beritahu lelaki itu keburukan bekas kekasih anda itu, jika anda rasa itu yang terbaik bagi anda. Jika tidak, larikan diri atau sediakan topeng gas.
Apa perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah dari saban tahun.
Kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati bahawa darah tali pusat mengandungi banyak sel dan salah satu daripadanya ialah sel stem.
Penyakit yang boleh dirawat menggunakan sel stem:
Barah darah
Penyakit darah (talasemia)
Penyakit metabolik
Keimunan
Jantung
Diabetes
Parkinson
RS: Setiap ciptaan-Nya tersirat rahsia.
Lelaki Pilihan Wanita
KUALA LUMPUR: Perkenalan selama setahun dengan Rizal Ashram, 30, anak Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib sudah cukup untuk meyakinkan pelakon drama bersiri, Puteri, Nora Danish Hanif, 24, untuk menamatkan zaman gadisnya.
Nora pernah berkata: “Saya memilih Rizal sebagai teman hidup kerana tertarik dengan budi pekertinya yang lembut, sikapnya yang sederhana serta personalitinya yang baik.”
RS: Alhamdulillah.
Tersungkur
Di Johor Bahru, seorang penagih dadah mati dipercayai akibat dibelasah sekumpulan lebih 20 lelaki selepas dikejar lebih 500 meter dari sebuah rumah yang cuba dipecah masuk di Taman Sentosa di sini, malam kelmarin.
Sementara itu di Melaka, seorang peragut yang cuba melarikan diri sebaik berjaya meragut beg tangan seorang ejen insurans di Jalan Malim Jaya, di sini, terbunuh dipercayai dilanggar sebuah kereta, malam kelmarin.
RS: Ada lagi yang lebih ganas daripada penjenayah.
Maafkan Aku Takdir - Hari Ini Tidak Ada Surat Untukmu
Hari ini Takdir, aku tidak ada surat untukmu (aku bercakap di dalam hati, tetapi tertulis juga). Hari ini ada beberapa perkataan menarik untuk aku ulaskan.
Matematik: Kau seperti merpati putih. Kelihatan jinak. Kudekati kau lari.
Mawi: Bersabar itu separuh daripada Iman. Saudara tertekan, saya pun... tak berapa tertekan. Tetapi kepala saya perlu ditekan sebab semalam dan hari ini saya demam.
Otak: Apabila aku ke kiri, kau jangan ke kanan. Apabila aku ke hadapan, kau jangan ke belakang.
Kilat dan Guruh: Ganas sungguh kalian berdua pada hari ini. Langit sudah runtuh?
Demam: Kadangkala aku fikir aku demam, tetapi aku fikir mungkin sebab belajar Matematik. Bukan-bukan, aku sudah kalis demam. Tidak-tidak, semalam dan hari ini aku demam; batuk dan selsema itu buktinya.
Nasi Dagang Mak Ngah: Aku mengidam nasi dagang sejak beberapa hari ini. Gulai Ikan Tongkol, Telur Ikan Tongkol, Kepala Ikan Tongkol.
Baulu Butter Plaza Seni Johor Bahru: Baulu Butter Taste Better, Hazani Abdul Rahman (Pak Uda), tunggu!!!!
Word Verification: khzymj Teringat pula dekat Al-Khawarizmi, ahli Matematik terkenal.
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut