Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Ahad, Julai 16, 2006
Drama dan Industri Pelancongan

Dalam jangkamasa seminggu ini, saya masih menetap di tempat yang sama. Di Selatan. Di suatu tempat yang sudah biasa saya jejaki. Menghabiskan sebahagian besar hidup saya di sini... dan pada masa yang sama sentiasa diulit masalah-masalah tertentu.

Tidak ada semua masalah boleh diceritakan begitu sahaja. Mesti ada sebab untuk menceritakan sesuatu masalah itu, menulis sebagai satu terapi. Blog sebagai medan peribadi untuk dikunjungi oleh para pembaca, untuk meneliti permasalahan dan penyelesaiaannya.

Tidak lupa kepada para pembaca yang tidak putus-putus mengirimkan e-mel kepada saya. Terima kasih. Jika ada masa, saya akan ceritakan hal-hal yang lain pula. Tak sangka ramai yang memilih untuk menggunakan e-mel sebagai medan berbicara. Mungkinkah apa yang saya ceritakan agak peribadi untuk diselesaikan menerusi komen-komen umum?

Apa pun sekali lagi terima kasih. Sekarang saya sedar saya tidak begitu berseorangan.

Hari ini saya tertarik untuk mengulas peranan drama televisyen dalam mempromosikan tempat-tempat pelancongan tempatan. Korea menggunakan idea ini. Lokasi-lokasi menarik di negara mereka dijadikan lokasi penggambaran, juga untuk tarikan pelancong.

Para peminat drama tersebut, dari luar negara terus tertarik untuk menghayati sendiri pengalaman tersebut. Menghayati watak-watak drama. Seperti cerita Sherlock Holmes, yang mampu menarik pembaca pergi ke tempat-tempat yang tertulis dalam novel tersebut.

Inilah kehebatan drama Korea. Malaysia juga tidak kurang dengan keunikannya, cuma bagaimana agaknya penulis tempatan boleh cuba untuk meraih tarikan pelancong ke sesuatu tempat.

Kita lihat adegan bermain daun-daun kering, adegan salji dan berbasikal dalam drama-drama Korea. Itu satu bentuk tarikan pelancongan yang tersirat. Saya kira kaedah halus dan secara emotif untuk menarik perhatian penonton untuk berkunjung ke sana.

Kisah-kisah cinta memancing hati para penonton untuk berbulan madu di sana. Malah ada juga pakej-pakej seperti Pakej Pelancongan Winter Sonata diadakan. Lokasi-lokasi penggambaran pula dijadikan tempat untuk dikunjungi, supaya para pelancong dapat mengetahui kisah-kisah di sebalik tabir. Salah satu adalah kisah mengenai seorang gadis tukang masak yang menjadi doktor.

Malaysia juga memiliki kecantikan sendiri. Namun, sayang sekali kita harus menjadi orang asing untuk melihatnya. Syukurlah kerana ada juga yang dapat melihat kecantikan negara sendiri. Syabas dan penghormatan saya kepada mereka. Apakah tempat-tempat menarik di Malaysia yang boleh dikunjungi? Saya rasa ini jati diri orang Korea yang cukup kukuh. Menerusi skrip yang hebat, pelakon yang hebat dan arahan yang hebat, mereka menyumbang bukan sahaja kepada sektor hiburan malah pelancongan, ke arah sumber pendapatan ekonomi negara dengan lebih baik.

Bagi saya, para pelakon, juru kamera, penulis skrip, pengarah, penerbit, pengedar dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan drama tersebut adalah orang yang berjasa terhadap penduduk tempatan negara tersebut. Tidak lupa kepada para penduduk yang rajin membersihkan kawasan daripada sampah sarap, serta kerjasama yang diberikan. Ini semangat yang kita mahu.

Selamat berjuang kepada penerbit, pengarah, penulis skrip, para pelakon, juru kamera dan semua yang terlibat dalan dunia penerbitan! Teruskan berjuang untuk mempromosikan jadi diri Malaysia!

Label:

posted by Romantis Selatan @ 11:44 PTG  
3 Comments:
  • At Isn Jul 17, 05:08:00 PG, Blogger Azhar Ahmad said…

    Susah nak di kata. Org Malaysia banyak buat scene yang nampak kebaratan, nampak keindahan pelakonnya, tanpa memikirkan aspek cam citer korea tadi. Yelah saper nak tgk filem kalo dok buat kat kws yang tak faymes. Ekekek. LOTR pun dapat memajukan industri pelancongan new zealand.

     
  • At Isn Jul 17, 12:42:00 PTG, Blogger Unknown said…

    Pulau Redang adalah contoh terbaik, bagaimana filem boleh berjaya menarik pelancong. Yangs edih, bukan filem Malaysia,tetapi filem Hong Kong.

    Pulau Redang menjadi terkenal kepada pelancong berbangsa Cina, dari Hong Kong, Taiwan dan Singapura selepas menjadi lokasi utama filem Summer Holidays. Filem lakonan Sammi Cheng dan Ritchie Ren.

    Kalau ke Redang, jangan terkejut kerana majoriti pengunjungnya bangsa Cina. Ada antara mereka yang datang setiap tahun. Ada yang secara sukarela buat website untuk Redang dan membantu pemulihan alam sekitar pulau itu.

     
  • At Rab Jul 19, 10:58:00 PG, Blogger jagoan said…

    Filem Malaysia bukan tak ada
    Tapi kurang...
    Sedangkan kita punya aset dan produk pelancongan yang terbaik dunia. Mana?
    Malaysia hanya melihat pelancongan adalah pelancongan dan drama adalah drama.
    Satu entiti yang berbeza. Tak boleh dirangkum. Walhal...? :)

     
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites