Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Sabtu, Jun 24, 2006
Darihal Sala dan Ahayihala 3
Sala menghadapi kakandanya Ahayihala lalu mengutuskan ucapan mislan taahir "Kembalilah berjuang bersama Adinda" "Kembalikan Ganasilah yang paling utama"
dan beratus-ratus merpati gurun dilepaskan dengan setiap satu terikat segulung warkah kekalahan Ganasilah yang memimpin satu ribu dua belas Sikafarah yang berkubu di tengah Alhausiddar
dan berita itu tiba pada pengetahuan para mitajumad yang sedang berhimpun di Barat dan di Selatan menerima kiriman mendukakan hati namun anhaleel suwathalaq mesti dipatuhi lalu mereka membakar diri mereka dengan api kedegilan
kadangkala masa kecil kita paling tinggi imaginasinya.
tapi saya rasa bila semakin besar, karya-karya yang pernah kita ilhamkan masa kecil itu boleh dibaiki lagi.
bahasa yang digunakan dalam tiga entri sebelum ini bukan bahasa arab. ia merujuk kepada sejarah satu bangsa dalam satu negara. pada akhirnya, beratus-ratus tahun kemudian akan membantu kepada penceritaan untuk novel-novel utama.
watak-watak utamanya ramai. saya bahagikan kepada berbelas-belas sekuel agak setiap watak dapat menonjolkan peranannya.
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
Teringatkan Saleem Iklim.
Emosi yang bertemu keceluparan.
Manusia.
Begitulah.