Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Rabu, Jun 14, 2006
Naskah Percuma AL ISLAM
Hari ini saya ke Utusan Karya untuk membeli AL ISLAM bulan lepas, Nak masuk ke sana kena ada pelawat punya pas, Pejabatnya hebat pakai penyaman udara bukannya kipas.
Saya berpeluang bertemu dengan editor, Naskah percuma diberi bukan dibeli dari stor.
Terima kasih Utusan Karya, Moga teruskan usaha ilmu pengetahuan kita perkaya.
Demam dan masuk wad punya fasal sudah terlepas satu edisi, Dahulu tak makan enam hari sekarang badan sudah kembali berisi, Sastera dan Matematik kini kedua-duanya di sisi.
Aik! Kenapa hari ini bukan 'aku' tapi pakai ganti nama 'saya'? Sebabnya saya bukan orang gasar maka budi bahasa kita berbudaya, Bila saya baca semalam punya entri sudah rasa agak loya, Bunyi 'aku' agak kasar tidak sesuai di alam maya.
Malaysia sudah lama bebas dari Piala Dunia, Namun demam bola terus menerus dikurnia.
Produktiviti negara sudah pasti agak perlahan, Tidur lambat pasti sudah jadi punca kesalahan, Jangan banyak bagi alasan kita atasi kelemahan.
Togo kalah dua satu dengan Korea Selatan, Perancis dan Jerman setandingnya kelihatan.
Brazil buka kempen Piala Dunia 2006 berentak kemenangan, Menang tipis satu sifar ke atas Croatia tetap satu kecemerlangan, Croatia cuma mampu melancarkan satu serangan, Adriano, Carlos, Kaka dan Ronaldinho mengganas tetapi kubu Croatia banyak halangan.
Van Der Sar penjaga gol Belanda, Kecederaan betis yang ringan telah melanda, 21 Jun 2006 perang Belanda dengan Argentina barulah reda, Lionel Messi pemain Argentina yang masih muda, Namanya diseru, dipinta beraksi di padang macam kuda.
Australia menang tiga satu ke atas Jepun, Walaupun hari panas kecergasan pemain tak terjejas pun.
Ballack dijangka turun melawan Poland esok pagi, Walaupun kecederaan masih belum baik lagi, Namun Jurgen Klinsmann buat keputusan tidak bagi, Tunggulah esok apa macam Jerman punya strategi.
Beckham kata Michael Owen mampu menyengat, Dahulu Owen cedera kakinya maka tak dapat beraksi ligat.
Alamak! Demam bola sudah melanda blog Surat untuk Takdir, Tak lama lagi pasti saya kena sindir, Terpaksa buat tak tahu macam Pak Pandir.
Kepada semua peminat Bola saya berpesan, Tengok bola janganlah sampai Solat Subuh tak terkesan, Nanti di Akhirat tak terjawab secara lisan.
Kpd Esis: apa nak buat, kita tunggu dan tengok perkembangan MyTeam, pasukan Malaysia dan lain-lain. Bagus juga ada MyTeam, sekurang-kurangnya pasukan Malaysia ada teman untuk bersaing. :)
Kpd arianna adrizal: wabak yang tak boleh dihalang nampaknya. Sehebat selsema burung. =p
Kpd bukunota: setiap orang ada citarasa sendiri. kita pilih apa yang baik untuk kita. :)
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
demam bola kat malaysia sepanjang tahun. hahaha. sokong pasukan orang aje le.