Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Jumaat, Jun 09, 2006
Dunia Baru!
Tertarik dengan cerita Dunia Baru! Cerita ini memaparkan gadis bertudung sebagai wirawati yang ayu
Budak bernama Mardhiah Bernas kata-katanya umpama Sri Diah
Komen saya mengenai cerita ini Muziknya dengan jalan cerita cukup harmoni
Cuma saya harap gerakan kamera lebih kreatif dan berselera
Sekian sahaja komentar saya Salam hormat buat insan-insan setia
Sudi membaca blog yang bertema sayu Diam umpama ubi kayu...
Berbalik kepada kisah saya yang belum beres Kadangkala terkilan kerana tak dapat menghadiri bengkel PTS
Kelas turut wujud pada hari Sabtu dan Ahad Masa untuk menyertai bengkel cukup terhad...
Suatu hari nanti pasti Puan Ainon dan rakan-rakan pasti akan bersua, berkongsi ilmu penulisan...
Pasti akan tiba... detik yang mencairkan rasa hiba...
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
layan. aku pun layan dunia baru ni.