"Untuk pelajar-pelajar sekolah cerpen ini tidak asing lagi. Tetapi ada juga pembaca 'terlebih umur' yang selalu bertanya, apa 'rasanya' cerpen 'Kerana Manisnya Epal', kerana itulah saya tampilkan di sini. Jangan tanya saya kenapa cerpen ini terpilih untuk menjadi teks bacaan di sekolah. Saya sendiri tertanya-tanya sampai hari ini. Malah sewaktu mengarang cerpen ini saya masih di sekolah. Saya telah lupa banyak hal mengenai cerpen ini, cuma satu yang masih disemat dalam hati - watak Mazlina dalam cerpen ini. Di manakah agaknya gerangan si dia?"- Faisal Tehrani Masa semakin suntuk untuk semester ini. Komputer saya akan disimpan di dalam kotak. Saya akan berangkat mencari pekerjaan sambilan sambil mempelajari satu subjek Matematik, jika tidak ada masalah. Meninggalkan Selatan menuju ke Barat dalam sebulan dua; kerana gurunya ada di sana. Terbaca saya di blog Faisal Tehrani. Memandangkan fungsi komen telah ditutup. Saya tertarik untuk mengulasnya di sini. Pandangan saya secara peribadi, Cerpen "Kerana Manisnya Epal" sememangnya layak menjadi teks bacaan di sekolah. Cerpen ini memenuhi Prinsip Penulisan saya, Penulisan Satu Bentuk Pendidikan/Pengajaran. Ini pegangan saya ketika saya berniat untuk menceburi bidang penulisan. Sebab itulah pada fikiran saya, cerpen ini sesuai dijadikan teks bacaan. Cerpen yang banyak ilmu dan pengetahuannya. Saya berminat dengan sastera, cuma kerana adanya hal seperti ini. Cerpen ini menyebabkan saya tercetus untuk mengenali Faisal Tehrani. Seterusnya saya mengiktiraf Faisal Tehrani sebagai idola saya dalam bidang penulisan kreatif. Seangkatan dengan Puan Ainon Mohd (Kemahiran Berfikir) dan H.M. Tuah Iskandar (Motivasi). Ketika cerpen ini tersiar pada tahun 1995, saya baru Tingkatan Satu. Pada masa yang sama saya terkenal sebagai pelajar pintar Matematik dan Bahasa. Saya menguasai kedua-dua bidang sehinggalah ............ .................. ................ ........ .................... ............ ............. ......................... ................. ...... ........... ................. ............... Tragedi itu, mengubah hidup saya. Sejak itu saya suka menulis. Menulis surat-surat yang tidak tahu untuk dikirimkan kepada siapa. Nama Romantis Selatan dicetuskan kemudian. Saya menceburi dunia penulisan menjadi satu cara untuk menggabungkan pelbagai intelektual. Saya dibesarkan dalam dunia serba terkongkong. Saya ingin menulis dan oleh itu saya mencipta dunia sendiri. Dunia yang lengkap serba serbi budaya, politik, bahasa, ekonomi, teknologi, sejarah dan sebagainya. Dunia sebelum saya mengenali Mr. Tolkien atau Mrs. Harry Potter. Namun terlalu banyak halangan. Terlalu banyak tugasan yang perlu saya selesaikan sebelum saya dapat menceburi bidang ini. Dalam setahun, dua tahun, atau tiga tahun ini saya harus menyelesaikan tugas-tugas yang belum selesai. Namun saya bersyukur kerana sudah ada ruang yang sudah diwujudkan untuk saya. Terima kasih kepada Puan Ainon. Buat beberapa bulan selepas ini. Saya mungkin tidak akan dapat menulis lagi di blog ini. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Saya tidak ada kesempatan untuk mengunjungi siber kafe. Komputer saya pula akan disimpan di dalam stor. Ada urusan lain. Salam hormat untuk semua pembaca. PST: Jangan lupa membeli buku-buku PTS! Cerita-ceritanya sangat menarik! Jangan lupa baca ulasan saya mengenai buku OREN! |
Susunan template blog saya berselerak kalau pakai Internet Explorer, tak tahu sebab apa. Kalau pakai Mozilla Firefox baru baik.
Best view pakai Mozilla Firefox.