Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Selasa, April 25, 2006
Khas Untuk Kak Aina-Emir (Koleksi Puisi-puisi Romantis 4 Serangkai)

Hari ini saya memiliki masa terluang untuk mengarang beberapa puisi untuk tatapan Kak Aina Emir. Semoga ada antara puisi-puisi ini dapat memenuhi kehendak Kak Aina Emir. Tak tahulah saya sama ada puisi-puisi ini boleh dikategorikan sebagai romantis atau tidak, memandangkan saya sudah ketinggalan hampir separuh dekad tahun dalam dunia puisi.

AWAS: Puisi-puisi ini adalah khusus untuk karya penulisan Kak Aina Emir sahaja. Sesiapa yang ingin menerbitkan puisi-puisi ini sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu.

Kak Aina...
Ini percubaan saya yang pertama:

Puisi Romantis I
oleh: Romantis Selatan

Dalam bening petang,
Aku menanti senja turun
Layu gemalai isi hati
Teringatkan dia

Rangkaian malam
menutupi liang-liang dingin
Sedingin hatiku
Sesejuk jiwanya

Ucapkan selamat malam
bukan pada kamar tidur
tetapi untuknya
jauh dari mata
dekat di hati
-------------------------------------------------------

Cubaan kedua:
Puisi Romantis II
Oleh: Romantis Selatan

Ada pun hati kita telah bertemu
Sejak itu..
hati kita...
tak pernah kupisahkan lagi...

Di mana lagi jantungku jika bukan dirimu...
-------------------------------------------------------

Cubaan ketiga:
Puisi Romantis III
Oleh: Romantis Selatan

Ini suatu bisikan
bukan dari suara, juga bukan dari lidahku...
Ini bisikan hatiku
Ia mengatakan: "Kau milikku..."
-------------------------------------------------------

Cubaan keempat:
Puisi Romantis IV
Oleh: Romantis Selatan

Hati ini telah terkunci
Terkunci oleh kata-kata suci
Lafaz katamu nanti,
akan membukanya kembali...
--------------------------------------------------------

Sekian koleksi Puisi Romantis 4 Serangkai, daripada saya untuk karya-karya Kak Aina Emir.

Label:

posted by Romantis Selatan @ 12:24 PTG  
8 Comments:
  • At Sel Apr 25, 02:12:00 PTG, Blogger Queen Latifah said…

    Mr. Romantis...

    Betul2 saya keliru. Semuanya indah belaka, hinggakan saya tak tahu yang mana yang saya suka sekali. Apapun... saya akan hantar email kepada anda...
    Ada perkara yang mahu saya katakan...

     
  • At Sel Apr 25, 02:27:00 PTG, Blogger Queen Latifah said…

    apa alamat email eh? Dah siap taip, tapi tak boleh nak hantar pulak.

    Email akak...emir_aina@yahoo.co.uk

     
  • At Sel Apr 25, 03:33:00 PTG, Blogger Queen Latifah said…

    weh! pembaca saya pun dah mula masuk blog anda! Syok baca puisi tu kot.

     
  • At Sel Apr 25, 04:27:00 PTG, Blogger Romantis Selatan said…

    Syukurlah... puisi saya mendapat perhatian Kak Aina.

    Saya dah kirimkan ke e-mel Kak Aina, subjectnya:

    "Romantis Selatan: Puisi Romantis 4 Serangkai"

    Nama e-melnya. Itu rahsia kita. Hehehe... =p

     
  • At Sel Apr 25, 05:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    errr..aku baca 3-4 kali tapi tak paham gak.ahaks.lambat skit bab2 puisi ni.tapi cam best jer ayat dia.teruskan ...

     
  • At Sel Apr 25, 05:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter said…

    anda memang seorang yang puitis..
    anda memang seorang yang romantis..

    memang...

     
  • At Rab Apr 26, 09:19:00 PTG, Blogger Romantis Selatan said…

    terima kasih...

    SURAT PERAKUAN

    Maka dengan ini puisi-puisi dengan sahnya dipinjamkan kepada Kak Aina-Emir dan hanya Kak Aina-Emir sahaja yang boleh menggunakannya selain saya.

    Perakuan oleh,
    Romantis Selatan

    Disaksikan oleh,
    Para Pembaca Blog JiwaNaga (yang baca entri ini)

     
  • At Ahd Jan 27, 10:52:00 PG, Blogger Fiza said…

    Hye..
    I sbenarnya baru termsok blog ni. Tu pn sbb ada seseorg nak cari resepi, trus terjmpa blog ni.. U ni seorg yg pndai b'sastera yerk... Dulu mmg ambik klas sastera ker masa kat sek... Anyway, puisi2 u best bl dibaca. Blh x u watkn puisi yg ssuai utk i.. Ssorg yg b'jauhan dr org yg dsyangi krna dia msih b'ljar, tp dia msih di smennjung jg lar... Email kt i tau. TQ

     
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites