Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Selasa, April 18, 2006
Pensyarah Baru Balik Dari Wad
Takdir. Adakah kau merindui aku? Tulisanku pada hari ini adalah langkah-langkah kehidupanku sebentar tadi.
Kampus: Hari ini, aku pulang dari kampus. Sebelum itu, aku bersolat Asar di Masjid. Hujan turun rintik-rintik.
Hujan: Hujan. Aku berlari meredah hujan. Pokok. Aku berlindung di sebalik pokok. Sekejap-sekejap pokok itu. Sekejap-sekejap pokok ini. Seperti hantu. Sekelip mata sahaja aku berlindung. Nota dan skema peperiksaan akhir subjek statistik kupegang baik-baik agar tidak dibasahi hujan. Nasib baik sudah dibaluti plastik.
Becak: Becak dan hujan seperti irama dan lagu. Hujan turun, tanah mendap. Air dan tanah membentuk lumpur dan becak.
Imbas kembali: Siapa yang kutemui hari ini? Ya. Dua orang pensyarah. Seorang sahabat junior. Aku berbual seketika dengannya selepas sudah sekian minggu tidak kutemui kerana kesibukanku dengan hal-hal akademik dan peribadi.
Pensyarah pertama kutemui hari ini? Ya. Pensyarah Statistik II dan Persamaan Pembeza II. Syukurlah, aku berjaya untuk Persamaan Pembeza II. Markah kertas ujian dua sekitar 35/40. Ujian satu sekitar 32/40. Adakah aku cacat matematik? Ya... Aku cacat matematik, tetapi Dr. Sharidan Shafie adalah pensyarah yang telah banyak membantuku! Orang cacat pun boleh berjaya.
Glen Hoddle: Aku membaca buku berkaitan dengan Glen Hoddle. Dia bercakap mengenai insan-insan berbakat. Aku tertarik. Eh, bukankah aku baca buku ini dua hari yang lepas. Buku setebal... 800 muka surat.
Pensyarah kedua yang kutemui hari ini? Selepas solat Zohor berjemaah di masjid, aku menemui pensyarah ini. Pensyarah wanita. Imej wanita muslimah. Dia adalah Pensyarah Statistik II. Aku harap agar aku berjaya untuk subjek Statistik II ini. Juga untuk subjek Analisis Nyata. Pensyarah ini baru keluar dari wad. Kelihatan semakin sihat. Suaminya yang setia menemaninya. Aku mendapatkan skema berkaitan peperiksaan akhir semester-semester yang lalu untuk difotokopi. Hujan turun. Sementara menunggu nota-nota siap untuk difotokopi. Aku bergegas ke masjid untuk solat Asar berjemaah.
Skema soalan peperiksaan akhir: Kertas-kertas ini adalah antara benda yang paling penting untuk semester ini. Aku berjaya melindunginya dari basahan hujan. Selepas solat Asar. Aku segera mendapatkan salinan fotokopinya. Petang ini aku berehat sambil membaca blog.
Plot: Kenapa dengan plot? Ya. Perasan tak bagaimana aku menyusun plot untuk penulisan blog ini? Ini suatu ekperimentasi di masa lapang.
Matematik: Kenapa aku masih masih menulis blog pada minggu-minggu peperiksaan. Benar, jadual harianku dipenuhi penggunaan otak logik dan matematik. Tidak seimbang jika aku mengabaikan otak kananku. Penulisan blog ini sekadar memanaskan otak kananku.
Hayat: Selagi aku masih ada hayat. Akan aku cuba selesaikan apa yang patut aku selesaikan. Malam ini, aku menemuimu lagi. Matematik.
Salam dik, Saya tak berminat dengan teknik surah Yusuf. Itu sahaja. Bukan surah Yusuf sahaja mewakili al-Quran dan Islam. Terima kasih. :) Mungkin kita boleh bincang dalam emel kelak. Wassalam
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
Salam dik,
Saya tak berminat dengan teknik surah Yusuf. Itu sahaja.
Bukan surah Yusuf sahaja mewakili al-Quran dan Islam.
Terima kasih.
:) Mungkin kita boleh bincang dalam emel kelak.
Wassalam