Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Isnin, April 03, 2006
Seorang Bekas Pemimpin Pelajar dan Seorang Pensyarah

Hari ini ada dua kisah. Kisah pertama adalah mengenai seorang bekas pemimpin pelajar, usianya setahun lebih tua berbanding aku, ibunya telah meninggal dunia beberapa hari yang lepas. Hari ini aku berpeluang untuk makan bersama dengannya secara kebetulan. Ingin aku soal mengenai hal itu, tetapi... aku khuatir tindakan ini akan mendatangkan kesan yang kurang baik. Maka aku diamkan diri sahaja.

Kemudian datang seorang lagi staf universiti, lalu makan bersama. Dia bertanyakan soal ini. Aku mengetahui arwah ibu bekas pemimpin pelajar ini, meninggal dunia kerana penyakit kanser hati yang dideritainya sejak 1998. Mereka berdua berbual mengenai perkara ini.

Kata-kata bekas pemimpin pelajar itu yang aku faham bermaksud begini: Ibunya sudah lama menderita sakit, tidak dapat makan. Pemergian ibunya itu adalah lebih baik di sisi Tuhan. Sudah terlalu lama dia menderita sakit...

Mendengar kata-kata ini, aku lantas tidak lalu untuk meneruskan suapannasi ke mulutku, tetapi aku usahakan juga. Dia, bekas pemimpin pelajar itu, sudah tamat pengajian, sudah bekerja...

Aku belum...

Selepas kelas petang itu, aku ke bilik pensyarah. Menemui Dr. Zaidatun. Dah lama aku tak menemuinya. Hari ini aku menemuinya mengenai soal Projek Sarjana Muda II yang belum kuambil. Kelas terakhir aku dengannya ialah pada dua tahun yang lepas. Dr. Zaidatun, banyak menulis buku-buku untuk terbitan PTS Publication. Dia antara pensyarah yang paling kerap kutemui untuk berbual selain Dr. Shaharom, Dr. Sutinah dan lain-lain. Senang untuk berbicara.

Aku bertanyakan sedikit mengenai penulisan buku. Sebenarnya ada banyak perkara yang aku bincangkan dengan beliau, termasuk mengenai Kecerdasan pelbagai Howard Gardner. Aku meneliti rujukan berkaitan. Aku dapati satu fakta yang menarik.

Kerosakan otak boleh menjadi punca seseorang itu hilang salah satu jenis kecerdasannya. Aku ini cacat Matematik. Berdasarkan kefahaman aku, ada kemungkinan wujud cara untuk memperbaiki kerosakan otak. Memperbaiki? Memulihkan? Setiap kecerdasan ada pertindihan dari segi penggunaan ruang-ruang otak. Di mana bahagian-bahagian otak akan diaktifkan apabila kita menggunakan kecerdasan-kecerdasan tersebut.

Aku teringat, seringkali apabila aku belajar Matematik, otak kiriku pasti berdenyut. Jika terlebih guna, akan membuatkan aku berasa mengantuk dan pening-pening mata. Aku tidak pasti sama ada kedua-dua belah mata aku terasa pening atau cuma salah satu. Pasti akan ada ubatnya... mungkin dari segi... psikologi atau perubatan...

Ini membangkitkan semula ingatanku terhadap kajianku pada masa lampau, enam atau tujuh tahun lalu. Ada banyak perkara yang sedang kufikirkan sekarang, tetapi... aku rasa malam ini aku ingin sambung belajar Matematik.

Petang tadi, jantungku tiba-tiba sakit lagi. Dalam perjalanan pulang. Namun aku sudah lali dengan perkara ini. Kesakitan dalam dada ini terlalu remeh jika hendak dibandingkan dengan sakit kerana peristiwa sepanjang tujuh tahun ini. Kesakitan dalam dada itu tidak ada maknanya lagi, cuma aku khuatir... aku tidak dapat menyelesaikan tugasku... jika berlaku sesuatu...

Maka tamat sudah tulisanku untuk hari ini.

Label:

posted by Romantis Selatan @ 7:50 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites