Bagaimana, jika cuma aku yang dipinggirkan? Kerana satu kelemahan yang tidak aku pinta. Aku harus pastikan kewujudanku ini dihargai.
Melihat kegembiraan orang lain, terkenangkan saat ketika teman-teman masih ada. Rakan-rakan sebaya kini sudah mula mengharungi kehidupan sebagai manusia dewasa. Tidak lagi menjadi bebanan orang, sebaliknya terus memberi sumbangan. Aku masih di sini, rasa terhina kerana masih menjadi biawak hidup. Maruahku... Kewujudanku... Berhargakah? Cuma mampu merancang dan melaksanakannya...
Label: Diari |