Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Ahad, Mac 26, 2006
Adakah aku anak yang taat?
Aku sudah 7 tahun berada di IPT, masih belum dapat menamatkan pengajianku. Hari ini tidak ada apa yang dapat aku lakukan selain berlapar.
Ya, berlapar. Aku tidak ada minat untuk menikmati apa-apa makanan. Sejak dua tiga hari yang lepas lagi. Tiga hari kelaparan tidak akan mati. Kalau aku rasa letih. Seteguk dua air sudah mencukupi. Pesta Konvo sudah lama bermula dan hampir tamat. Hari ini ada beberapa orang rakanku yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di universiti. Seorang dalam sarjana muda bidang keislaman, beberapa orang lagi dalam bidang sarjana, matematik gunaan. Ada juga yang mengambil bidang kimia. Kejuruteraan dan sebagainya. Malam semalam aku bertemu dengan seorang kawan yang datang dengan keluarganya, sudah tamat pengajian. Katanya, cukup sunyi sebab dia agak lewat untuk konvo. Sudah tidak ada teman-teman yang boleh diajak sama untuk meraikan kejayaan masing-masing. Aku? Aku katakan kepada dia, aku tidak berminat untuk menghadiri konvo apabila aku telah selesai pengajianku di IPT ini. Sebab ini bukan cita-cita aku. Ini cuma... satu tugasan yang aku diarahkan untuk menyelesaikannya. Aku cuba... walaupun aku tahu aku berada dalam keadaan yang paling lemah. Namun aku tetapi mahu... berdikari, mencari jalan penamat yang cukup bahagia. Ramai kawan-kawanku sudah bekerja, cuma 5 orang sahaja termasuk diriku yang masih berada di IPT, belum tamat pengajian. Semua ini gara-gara peristiwa 7 tahun yang lalu... aku sekarang sering mempersoalkan definisi anak yang taat. Aku rasa aku faham, aku telah berjaya mencipta definisi untuk itu. Definisi yang sepatutnya.
Seperti padamnya harapan... aku hidup seperti tidak pasti apa matlamatku. Namun akhirnya aku cuma menetapkan satu matlamat. Sudah padam cita-citaku. Sudah padam masa depanku. Aku cuma ingin menamatkan pengajian secepat mungkin. Aku khuatir, aku akan mati sebelum itu. Masa sudah semakin suntuk. Sakitku makin kerap berulang.
Aku rasa... tidak perlu kuberitahu keluargaku mengenai hal ini. Mereka sudah cukup rasa bersalah kerana peristiwa 7 tahun yang lalu. Aku tidak mahu, hati mereka terluka kerana mengetahui perkara ini. Biarkan, aku lenyap apabila tiba masanya. Aku harap ketika itu, aku tidak menjadi beban kepada sesiapa. Itu cukup menghina. Bagiku sekarang, mati dan hidup tidak ada bezanya. Cuma aku khuatir, adakah aku ini anak yang taat? Benarkah definisiku mengenai ketaatan? Masa semakin suntuk...
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut