Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Ahad, April 02, 2006
Kegilaan Terhadap Sastera?
Malam tadi aku tidak dapat tidur lena. Pukul tiga pagi, aku tidak jadi tidur. Tiba-tiba aku teringatkan novel Faisal Tehrani yang aku beli petang semalam. Aku membacanya sehingga bab ketujuh...
Sudah lama tidak membaca novel. Karya-karya yang kupilih untuk dibaca adalah disaring. Pernah kubeli 4 jilid novel terjemahan Cina yang agak menarik. Novel itu memiliki 108 watak. 32 watak utama. Setiap jilid bukunya sangat tebal. Sebuah buku tebalnya sekitar 700-800 muka surat.
Nampaknya novel Faisal Tehrani yang kubeli itu merupakan punca aku tidak dapat tidur. Mindaku bertepuk tangan menyuruh aku terus membacanya. Mungkinkah ini yang dikatakan kedahagaan terhadap sastera?
Ini adalah novel pertama yang kubeli untuk tahun ini. Tahun lepas, aku begitu asyik dengan buku-buku H.M. Tuah Iskandar. Buku-buku motivasinya.
Alangkah bagusnya jika kekuatan yang sama ada untuk belajar matematik. Aku sendiri hairan kenapa kekuatan ini tidak muncul untuk belajar matematik, sebaliknya cuma untuk mendekati sastera...
romantis selatan (pjg sgt name kau ni): hurm. same ar. aku harap passion yg same bile aku membace, menulis dan berfikir ttg tulisan akan berjangkit pada statik, engineering planning, circuit etc. kalaulah...
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
romantis selatan (pjg sgt name kau ni):
hurm. same ar. aku harap passion yg same bile aku membace, menulis dan berfikir ttg tulisan akan berjangkit pada statik, engineering planning, circuit etc.
kalaulah...