Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Jumaat, April 07, 2006
Kenangan Sebagai Seorang Guru
Beberapa tahun yang lepas, ketika mengajar di sebuah sekolah. Suatu hari saya bertanya kepada seorang pelajar:
"Apa cita-cita kamu?"
"Jurutera, Cikgu."
"Aik, kamu tak ambil subjek Fizik dan Matematik Tambahan, macam mana kamu nak masuk bidang Jurutera?"
Budak itu merupakan budak kelas belakang (kelas corot). Semua pelajar dalam kelas itu tidak mengambil subjek Fizik dan Matematik Tambahan.
Saya pun pernah mengalami situasi serupa. Ramai yang bertanya apa sebenarnya cita-cita saya. Saya jawab, akauntan, kerana saya sangat minat bermain dengan nombor. Tambahan kalau dapat selesaikan masalah berkaitan nombor, memang terasa kenikmatannya ! Tapi saya tak ambil subjek Akaun, mereka kata.
Itu adalah soalan pertama yang saya akan tanya setiap kali saya mengajar pelajar-pelajar baru. Cita-cita itu penting. Untuk mencapai cita-cita, kita mesti ada perancangan supaya cita-cita itu tercapai. Itulah maksud soalan saya. Sebab saya tak mahu mereka menerima nasib seperti saya. Saya ada cita-cita dan perancangan yang sangat baik, cuma ada halangan daripada ibu bapa pada saat-saat akhir, ketika hendak mengisi borang. Umur saya ketika itu cuma 17 tahun...
ini pendapat peribadi saya: memang betul, utk mencapai cita2 kita mesti ada perancangan tapi bagi orang yg sudah tersalah pilih atau dipaksa pilih (golongan yg sudah terlambat, kita kenalah menerima ketentuan itu seadanya kalau sudah ditakdirkan utk menjadi pensyarah cthnya (walaupun asalnya tiada minat langsung) kita mesti cuba memupuk minat terhadap apa yang kita buat anggap itu sebagai amanah apatah lagi sebagai umat Islam kita seharusnya percaya setiap jalan yang Allah lorongkan untuk kita pasti ada hikmah dan sebab musabab
wallahuaklam
'tidak semestinya apa yang kita rasakan baik itu, baik utk kita & begitu lah juga sebaliknya'
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
Saya pun pernah mengalami situasi serupa. Ramai yang bertanya apa sebenarnya cita-cita saya. Saya jawab, akauntan, kerana saya sangat minat bermain dengan nombor. Tambahan kalau dapat selesaikan masalah berkaitan nombor, memang terasa kenikmatannya ! Tapi saya tak ambil subjek Akaun, mereka kata.