Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Sabtu, April 15, 2006
Maafkan Aku Takdir - Hari Ini Tidak Ada Surat Untukmu

Hari ini Takdir, aku tidak ada surat untukmu (aku bercakap di dalam hati, tetapi tertulis juga). Hari ini ada beberapa perkataan menarik untuk aku ulaskan.

Matematik:
Kau seperti merpati putih. Kelihatan jinak. Kudekati kau lari.

Mawi:
Bersabar itu separuh daripada Iman. Saudara tertekan, saya pun... tak berapa tertekan. Tetapi kepala saya perlu ditekan sebab semalam dan hari ini saya demam.

Otak:
Apabila aku ke kiri, kau jangan ke kanan. Apabila aku ke hadapan, kau jangan ke belakang.

Kilat dan Guruh:
Ganas sungguh kalian berdua pada hari ini. Langit sudah runtuh?

Demam:
Kadangkala aku fikir aku demam, tetapi aku fikir mungkin sebab belajar Matematik. Bukan-bukan, aku sudah kalis demam. Tidak-tidak, semalam dan hari ini aku demam; batuk dan selsema itu buktinya.

Nasi Dagang Mak Ngah:
Aku mengidam nasi dagang sejak beberapa hari ini. Gulai Ikan Tongkol, Telur Ikan Tongkol, Kepala Ikan Tongkol.

Baulu Butter Plaza Seni Johor Bahru:
Baulu Butter Taste Better, Hazani Abdul Rahman (Pak Uda), tunggu!!!!

Word Verification: khzymj
Teringat pula dekat Al-Khawarizmi, ahli Matematik terkenal.

Sekian.

Label:

posted by Romantis Selatan @ 7:11 PTG  
4 Comments:
  • At Ahd Apr 16, 08:30:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kalau beli nasik dagang jangan lupa bungkuskan satu! hehe.

     
  • At Isn Apr 17, 09:13:00 PG, Blogger tuan tanah said…

    baulu butter?

    apa beza dengan baulu lain?

    (err... maaflah, saya tak tau buat baulu dan resepi baulu. baulu biasa takde butter ye?)

     
  • At Isn Apr 17, 07:45:00 PTG, Blogger Romantis Selatan said…

    Baulu butter ni mendapat semakin banyak liputan daripada pihak media dan surat khabat. Seingat saya tahun ini sahaja sudah ada beberapa majalah dan surat khabar telah membuat sisipan berkaitan pembuat Baulu Butter di Plaza Seni Johor Bahru ni.

    Baulu Butter ni dikatakan sangat sedap dan sangat lembut seperti kek. Terdapat 4 perisa utama; perisa asli, keju,coklat dan kacang.

    Saya ingat nanti saya mahu pesan buat sarapan pagi.

     
  • At Sel Apr 18, 08:33:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter said…

    Tiba-tiba aku mengidam mee bandung muar, mee siput, kopi 434.......

     
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites