Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Jumaat, April 21, 2006
Menjelang Hari Peperiksaan
Esok... Bermulanya hari peperiksaan. Aku... bersedia dengan apa yang aku miliki. Hari-hari siangku telah kuisi dengan apa yang patut kuisi. Petang dan malamku telah kusisip dengan apa yang patut kusisip. Rehatku sudah terselit di mana yang patut kuselit. Isi... Sisip... Selit... Maka aku mencipta puisi ini sepintas lalu:
Puyu Si Ikan Darat Insang Sirip Sisik
Seekor Ikan Darat Di padang rumput mencari sawah Terkial-kial... di bawah langit mendung...
Terkenangkan Haruan, Keli dan Sepat... Lalu layu Si Ikan Puyu Diam di atas darat
Kemudian datang Jebat Insang disiang, sirip dikerat Isi penuh khasiat
Di luar hujan lebat Sepat, Keli, Haruan gembira melompat Puyu si ikan darat masak di dalam kawah berkarat Memberi protein dan zat Kepada keluarga si Jebat
Karya Romantis Selatan (21 April 2006) Hakcipta Terpelihara (C) 2006
Terkenang aku kepada kawan-kawan yang pernah aku tolong, tangisan (segelintir cuma) mereka ketika mahu menyertai kumpulan tugasan, pujuk rayu (tidak semua) mereka ketika meminta bantuanku. Kini mereka (hampir semua) sudah tumbuh sayap makan gaji.
Aku masih di sini... seorang diri... sunyi... tanpa ucapan...
Namun itu adalah pengorbanan: Seperti guru-guru yang telah mengajar anak-anak murid mereka. Guru-guru itu melihat anak-anak murid mencipta kecemerlangan, memegang jawatan penting di syarikat-syarikat besar, di jabatan-jabatan agung dan di mana-mana. Mereka tetap guru-guru yang tersenyum melihat kejayaan anak-anak murid... dari jauh... sayup-sayup di hujung desa...
Lelapkan matamu hari ini lebih awal... Matahari Selatan akan terbit jua... Bersedialah...
saudara romantis, buatkan saya satu puisi yang paling pendek tapi yang romantis.... saya nak masukkan dalam novel yang akan dikeluarkan dalam bulan Jun atau julai ni...
nanti saya catitkan nama anda di dalamnya... sebagai promosi. Kalau rajin, buka radio KLFM...pukul 3 pagi..ada program TINTA SENI untuk mereka yang sukakan puisi. Contact DJ Irwan Shah.faks: 0322835759
Wah! Ini adalah suatu penghormatan yang amat tinggi untuk saya daripada novelis terkenal - Kak Aina Emir...
Sudah 7 tahun saya rasa, saya ketinggalan dalam dunia sastera. Saya akan cuba sedaya upaya saya... agar karya puisi saya itu jadinya nanti tidak mencacatkan keindahan novel Kak Aina...
Sudah lama saya tidak mendengar radio. Bilik saya cuma ada keperluan asas sahaja. Komputer untuk menyiapkan tugasan. Cerek air pun tidak ada.
saudara ini bagaikan lelaki misteri dalam novel yang sedang saya siapkan ini...hehehe...
Saja nak usik! Tak apa tak ada apa-apa...asalkan hati bahagia...
Saya memang suka muatkan satu dua puisi rakan-rakan dalam novel saya, agar puisi mereka dapat dihayati pembaca-pembaca saya. Saja nak kongsi. Tak payah risau... saya ni bukannya cerewet. Apa-apa pun okey, kalau anda sendiri sudah menyukainya.
Kak Aina... Ini percubaan saya yang pertama: -----------------------------------
Puisi Romantis oleh: Romantis Selatan
Dalam bening petang, Aku menanti senja turun Layu gemalai isi hati Teringatkan dia
Rangkaian malam menutupi liang-liang dingin Sedingin hatiku Sesejuk jiwanya
Ucapkan selamat malam bukan pada kamar tidur tetapi untuknya jauh dari mata dekat di hati ----------------------------------- Hakcipta Romantis Selatan (C) 2006 -----------------------------------
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
saudara romantis,
buatkan saya satu puisi yang paling pendek tapi yang romantis.... saya nak masukkan dalam novel yang akan dikeluarkan dalam bulan Jun atau julai ni...
nanti saya catitkan nama anda di dalamnya... sebagai promosi. Kalau rajin, buka radio KLFM...pukul 3 pagi..ada program TINTA SENI untuk mereka yang sukakan puisi. Contact DJ Irwan Shah.faks: 0322835759