Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Rabu, April 26, 2006
Amoi Misteri Lagi

Baru saja aku nak keluar dari bilik ni. Tiba-tiba Amoi Misteri telefon. Ini kali kedua. Nasib baik aku belum sampai ke luar atau ke perpustakaan awam macam hari tu. Telefon bimbit pula sedang dicas semula. Bateri 'kong' (ada tak perkataan 'kong' dalam kamus dewan?).

Aku berbincang dengannya. Mengenai soal kerja. Home Inovative? Lebih kurang macam itulah bunyi syarikatnya. Agaknya ada sesiapa yang tahu mengenai syarikat ni. Dia kata ada banyak kerja yang boleh aku buat secara sambilan. Kena bayar, RM30 atau RM35 sekali sahaja.

Syarikat dia dari Sandakan, Sabah. Semua urusan dan bayaran komisen juga dilakukan secara surat menyurat.

Aku minta dia kirimkan risalah berkaitan. Cuma aku tak faham kenapa dia mesti guna +60000 untuk panggil aku. Kenapa tak mahu dedahkan nombor telefon yang sebenar?

Ya, mari kita pergi makan dan sambung belajar! Suasana baru! Harap-harap tak sunyi! Kalau hari ini dah ada apa-apa untuk ditanya, esok dah boleh jumpa pensyarah!

Word verification: lyonn
Bunyinya macam: Lion (Singa)

Label:

posted by Romantis Selatan @ 12:56 PTG  
7 Comments:
  • At Rab Apr 26, 04:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter said…

    hehehe
    Misteri sungguh amoi itu..

    jangan kong kali kong dah la..hehehe

     
  • At Rab Apr 26, 05:07:00 PTG, Blogger sinaganaga said…

    Kirim salam kat amoi tu!

     
  • At Rab Apr 26, 05:50:00 PTG, Blogger Romantis Selatan said…

    Blackpurple,

    hehe tak lama lagi terbongkarlah rahsia amoi tu. :)


    Pak Naga,

    Mahu kirim Assalamualaikum atau Salam Sejahtera... Entah-entah amoi yang Pak Naga duduk sebelah masa dalam bas dulu tak.. hehehe =P

     
  • At Rab Apr 26, 07:19:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    malunya saya. anda memang pakar menulis..

     
  • At Rab Apr 26, 09:13:00 PTG, Blogger Romantis Selatan said…

    Cikgu GitarTong,

    segan saya menerima pujian tu, hari ini baru genap 1 bulan saya menulis dalam dunia blog.

    Saya tertarik dengan pengalaman yang dikongsi oleh Cikgu GitarTong dan Cikgu Lee dalam blog. Banyak yang dapat saya pelajari.

     
  • At Kha Apr 27, 03:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ntahlah berbaloi atau tidak dengan 35 RM itu untuk bayar dia punya bill tepon.

     
  • At Kha Apr 27, 04:04:00 PTG, Blogger Romantis Selatan said…

    ron97

    Itu yang pelik kan? Kenapa dia sampai sanggup telefon saya untuk bagi saya kerja? Amoi ni masih misteri? ada sesiapa ada maklumat untuk Home Inovatif ni? Dia kata kerjanya lebih kurang macam ini, dia bagi saya barang (pakai surat), saya kena selesaikan kemudian hantar balik. Lepas tu dia bagi saya komisen.

     
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites