Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Rabu, April 26, 2006
Kisah Buaya Legenda (Bahagian 4)
TERATAK PUTIH DANAU HIJAU (Sansi Orp Lea ) Oleh: Romantis Selatan Hak Cipta Terpelihara (C) 2006
Sansi Orp Lea (Perhentian Bermusim Di Danau Hijau)
Ma Shagou seorang yang jujur dan berterus terang. Apabila Orang Kaya Kailai mengetahui bahawa Ma Shagou gagal membawa pulang empat batang kayu Trup, malah telah menghilangkan kesemua Shinlap kepunyaannya, Ma Shagou memberitahu apa yang telah berlaku di Danau Hijau. “Jika Tuan tidak percaya, pergilah ke Orp Lea. Saya telah membina sebuah mahkota berbentuk teratak putih daripada tulang-tulang Shinlap kepunyaan Tuan.”
Orang Kaya Kailai pun mengupah berpuluh-puluh orang yang handal-handal untuk membunuh Buaya Legenda Orp Lea. Selepas beberapa hari perjalanan, tibalah mereka di danau hijau. Melihatkan kemunculan manusia yang begitu ramai, burung-burung pun lari berterbangan. “Memang benar terdapat teratak tulang putih di tengah danau. Hai, tuan-tuan sekalian, rejamkan lembing ke dasar di bawah teratak itu. Biar mati buaya durjana itu!”
Orang ramai pun mula mengangkat lembing dan melontar ke dasar di bawah telapak itu. Tiba-tiba permukaan danau bergelora, air memercik hingga ke tebing, Buaya Orp Lea meraung dan mengamuk. Melihatkan betapa besarnya buaya itu, orang ramai mula berundur, namun ada juga yang masih berani melontar lembing ke arah buaya tersebut. Malangnya kulit Buaya Legenda Orp Lea sangat tebal, tidak lut oleh sebarang senjata. Buaya Orp Lea merenung ke arah semua hadirin yang tidak diundang. Kemudian dia menarik nafas sekuat-kuat hatinya, kesemua hadirin tersedut ke dalam mulutnya, termasuk Orang Kaya Kailai. Nampaknya kini, di dunia ini, Cuma Ma Shagou dan anak-anaknya saja yang mampu menceritakan mengenai kebenaran bahawa wujudnya Buaya Legenda Orp Lea. Cerita ini disampaikan oleh Ma Shagou kepada orang kampung. Ada yang percaya dan ada juga yang tidak. Namun, selepas beberapa lama menunggu, Orang Kaya Kailai masih belum pulang, akhirnya kisah ini menjadi buah mulut orang ramai. Walau pun tidak percaya tetapi tetap mahu menceritakan mengenai kisah ini... kisah seekor buaya besar di Danau Hijau, mampu menyedut beberapa ekor Shinlap melalui mulutnya, sehingga menimbulkan ribut kecil yang menggemparkan. Buaya Legenda Orp Lea namanya. Pantang diusik tempat tinggalnya, pasti air akan bergelora dan buaya besar ini akan menyedut mangsanya. Namun, ada juga orang yang berani pergi ke danau hijau tersebut. Apabila sampai di sana, maka pasti akan terlihat sebuah teratak putih yang diperbuat daripada tulang, dan jika diperhatikan betul-betul, pada waktu malam ketika bulan purnama, akan kelihatan sinaran berbentuk mata, berwarna merah di bawah permukaan air danau yang tenang, mata yang menjaga ketenteraman Danau Hijau, tempat perhentian burung-burung bermusim.
Sebuah puisi pun dikarang oleh seorang penduduk tempatan untuk menggambarkan kisah penebang kayu Ma Shagou dengan Buaya Legenda Orp Lea ini.
TERATAK PUTIH DANAU HIJAU (Sansi Orp Lea ) Oleh: Romantis Selatan Hak Cipta Terpelihara (C) 2006
Diupah oleh orang kaya Kailai, Terbayang di mata Ma Shagou sebuah mahligai. Enam ekor Shinlap menuju ke Jingla, Cuma tiga ekor hidup berlari pulang. Kerana teratak tulang putih dikatakan mahkota, Barulah Ma Shagou mampu bernafas lega. Gara-gara Shinlap mencemari danau hijau, Ma Shagou pulang dengan tangan kosong. Dibayar dengan angin, Hatinya hampa lalu memberitahu kebenaran. Orang Kaya Kailai menuju ke Orp Lea, Dengan ramai pengiring dan pendekar. Melibat benar adanya teratak tulang putih, Orang ramai disuruh merejam lembing ke dasar danau. Marah buaya legenda bukan kepalang, Habis disedut semua yang ada, Tidak kira kaya, setia, handal atau pengecut, Habis ditelan, danau hijau sunyi kembali. Kisah ngeri tidak menakutkan unggas, Terus berkunjung mengikut musim, Maka tetaplah ia dipanggil orang... Sansi Orp Lea (Perhentian Bermusim Di Danau Hijau).
Puisi ini dikarang oleh seorang penduduk yang bernama Romantis Selatan.
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut