Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Ahad, Jun 11, 2006
Ruang

Sejak mengubah prinsip dan jalan hidup
Niat untuk menulis seperti bunga yang kudup

Tiada lagi eksplorasi
Mengenai dunia penulisan tidak ada lagi sensasi

Kalau dulu aku gila untuk menulis
Kini hati ini makin mapan, penulisan makin kalis

Faisal Tehrani masih utuh di fikiran kepala
masih tetap menjadi salah satu idola

Puan Ainon masih dirindui tunjuk ajar
menghafal setiap pemberian ilmu di e-mel setiap kali terbitnya fajar

H.M Tuah Iskandar kekal sentiasa berkumandang kata-kata khutbah
Sentiasa membangkitkan semangatku yang tak kunjung rebah

Kata Encik J. jangan diterokai alam bakat penulisan dan sastera
Tulislah sekadar untuk memenuhi masa lara

Matematik seperti minyak dan sastera itu air di dalam dalam takungan
Jika lebihnya air maka kuranglah minyak dalam kongkongan

Dalam satu jangka ini aku berhenti menimba ilmu di bidang sastera
Demi menghalang kegilaan yang menyebabkan ilmu logik terdera

Ini satu keputusan yang agak sunyi
Tanpa sastera dunia ini umpama tiada irama dan bunyi

Tapi ini satu keputusan yang agak tegas
Diteliti dianalisis dan ditimbang tanpa gegas

Buat seketika aku sekadar bermain dengan penulisan
Kini Sudoku lebih menjadi pilihan...

Para pembaca blog kekal dekat di hati
Sudi-sudikan mencurah doa buat mencapai kejayaan yang dinanti

Sekian hari ini aku menulis di sini
Jauh dalam detik hati aku terus merindui sastera dan seni...

Label:

posted by Romantis Selatan @ 4:50 PTG  
5 Comments:
  • At Ahd Jun 11, 08:17:00 PTG, Blogger tuan tanah said…

    Insya Allah, semuanya akan baik-baik sahaja.

    Ada satu quote yang saya suka sangat-sangat, daripada seorang Anonymous, yang saya selalu ingat-ingat dalam hati di saat ketika motivasi tinggal di tahap paling mini:

    Everything will be okay in the end.
    If it's not okay, it's not the end.

     
  • At Isn Jun 12, 09:21:00 PG, Blogger Queen Latifah said…

    A'kum...

    Lama saya tak kemari. Lama saya tak ke blog siapa-siapa pun. Apa khabar? Everything okay now?

     
  • At Isn Jun 12, 11:21:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter said…

    'Di mana bermula tidak penting, di mana berakhir itu lebih penting...'

    Selamat... selamat...selamat...

     
  • At Isn Jun 12, 05:32:00 PTG, Blogger arianna adrizal said…

    salam..

    a journey of a thousand miles must begin with a single step..

     
  • At Sel Jun 13, 02:36:00 PTG, Blogger Romantis Selatan said…

    Kpd Tuan Tanah: Betul tu, setiap masalah akan berakhir apabila penyelesaiannya telah ditemui.

    Kpd Kak Aina: Semua benda nampaknya baik buat masa ini. Minggu ini saya ada banyak urusan akademik seperti pendaftaran, penetapan pusat peperiksaan dan bayaran yuran. Jadi minggu ini saya banyak online.

    Kpd blackpurple: Betul juga tu, apa yang kita cari adalah suatu penamatan yang membahagiakan dan selamat.

    Kpd arianna: Ya, perjalanan itu tidak akan bermula selagi kita tidak memulakan langkah. :)

     
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites