Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Isnin, Jun 19, 2006
Saya Ketua Saintis Dunia
Hari ini saya dalam perjalanan menuju ke Bangi. Kebetulan saya bertemu dengan seorang pak cik berserban dan berjubah seperti seorang pendakwah sedang bersungguh-sungguh mengajar ilmu matematik di jalanan. Namanya Abdul Halim Bustaman. Di dadanya tergantung kertas bersaiz A4 yang tertulis (cetakan tulisan komputer), "Saya Ketua Saintis Dunia". Pada troli yang dibawanya pula tertampal satu lagi kertas bersaiz A4 bertulis "Saya Beruntung Kerana Tidak Masuk Ke Universiti."
Tertarik mendengar kuliahnya, saya berhenti seketika dan melihat logik dan rasionalnya. Bukan sebarangan orang, nampaknya pak cik ini adalah contoh aktivis intelektual yang lahir tanpa pengiktirafan Master atau Doktor Falsafah dari mana-mana universiti.
Bagaikan tidak sah blog "Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir" jika tidak diletakkan entri khas untuk En. Abdul Halim Bustaman ini. Ternyata apa yang diajarkannya ada benarnya. Namun ia lebih khusus kepada Matematik tahap asas. Saya tidak melihat ajarannya itu melibatkan proses-proses pemikiran logik Matematik peringkat universiti.
Walau bagaimana pun teknik yang dikemukakan oleh En. Abdul Halim Bustaman adalah sangat menarik. Kaedah-kaedah beliau membuktikan bagaimana praktiknya otak kanan - kreativiti, yang secara umumnya menjadi milik orang-orang sastera, dalam bidang matematik.
Saya juga tertarik dengan penemuannya mengenai pendaraban nombor sehingga berdigit-digit dengan menggunakan kaedah pengiraan yang diperolehi menerusi pengkajiannya terhadap corak rangka yang terdapat pada daun.
Saya berharap agar dapat menemuinya lagi pada masa akan datang. Mungkin bukan sekadar pendengar kuliahnya, tetapi sebagai rakan untuk berbincang. Saya ingin melihat bagaimana aplikasi otak kanak untuk subjek-subjek Matematik peringkat tinggi seperti Penyelidikan Operasi, Statistik, Kalkulus, Vektor, Analisis Nyata, Analisis Berangka, Teori Set dan Mantik.
aku pernah nampak dia tiga kali 1. di Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam 2. di Masjid Besar Shah Alam 3. di Pasaraya Tesco Shah Alam Tapi aku tak pernah plak dengar kuliahnya... :)
Saya pernah mendengar kuliahnya dan membeli nota jualannya di Jalan TAR.Tertarik kerana pada mulanya ada seorang lelaki mengherdiknya dengan kata-kata "Orang Gila..." namun dia tidak mempedulikan kata-kata itu dan terus mencari tempat lain. Saya berada lama untuk mendengar kuliahnya.Kalau tidak kerana anak saya sudah merengek boring, saya pasti akan mendengar lebih lama.
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
aku pernah nampak dia tiga kali
1. di Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam
2. di Masjid Besar Shah Alam
3. di Pasaraya Tesco Shah Alam
Tapi aku tak pernah plak dengar kuliahnya... :)