Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Jumaat, Jun 23, 2006
Darihal Sala dan Ahayihala 2
Debu-debu yang tertiarap lantas berhembusan menggeliat kesakitan dipijak ratusan kuda-kuda menggelojohi Alam Miksani
Ahayihala terus memecahkan tenteranya kepada tiga bahagian satu menuju ke Barat, satu menuju ke Utara dan satu ke Selatan tanpa lelah yang berikat di leher Ganisalah lalu sebutir mutiara titis dingin lahir menjunam dari langit "Hairu!"
Para Sikafarah bermuka tenang dingin dengan jubah dan mantel perang dan kuning memacu kuda-kuda bengis menghala ke Utara dan bertemulah dengan Jaddan La Sahala tingginya 11 kaki umpama gergasi
"Inn hasyeed waha Hairu mis la ahi min Jaddan!" Jaddan bersendirian memikul rantai besi berdepa-depa panjangnya mukanya memancarkan kegarangan kesanggupan mengorbankan diri mempertahankan Alam Miksani
Ahayihala selaku Ganasilah kedua dari pasukan Perpaduan Hati Salsiah Qinai di bawah panji-panji Alhausiddar Mendepakan kedua-dua belah lengannya dengan sebilah sabit panjang di setiap satu genggaman tangannya lantas melaungkan:
"Minar min Haq Alam Miksannn!!! Hairu!" bertali arus para tentera maju menghamburkan senjata sabit panjangnya maju menentang para tentera yang sujud kepada Sala Alam Miksann.
"Berjuang saudara-saudaraku" kedengaran bisikan Saleem Haq menyambut persetujuan terhadap anhaleel suwathalaq
Jaddan memutarkan rantai-rantai besi melibas dan menjatuhkan kuda-kuda dan para Sikafarah
"Fin Hairu!" Lantas 30 pemanah berkuda melancarkan panah-panah ke arah Jaddan tetapi Jaddan dengan pantasnya menangkis serangan dengan perisai yang terpasang di lengannya
"Hasyeed!" Para Sikafarah mengambil peluang itu untuk mencerobohi benteng Jaddan dan terus menghala ke pintu utama kota Alam Miksani
Laheehara yang melihat dari Menara Pengawal terus membentangkan tangannya lantas terjun dari bangunan tinggi itu dan wati un hesar yang terpasang di tulang-tulang belikatnya melebarkan sayap lalu menghala ke arah Ahayihala Di kedua-dua kepala lututnya pula terdapat cakar yang mencengkam bahu Ahayihala dan Laheehara terus terbang membawa Ahayihala ke Menara Utama menghadap Sala
Pintu gerbang dihentam Jaddan meninggalkan benteng dan tiba-tiba berpuluh-puluh tentara wati un hesar terbang dari langit membawa periuk-periuk dalam jala-jemala rantai berisi batu-batu membara dilepaskan terhadap para Sikarafah lalu hangus terbakar hingga ke tulang sumsumnya
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut