Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Khamis, Julai 13, 2006
Dedikasi Untuk Pensyarah Matematik Yang Berkenaan
Seorang pensyarah itu mengajar dengan kebanggaannya memiliki taraf akademik yang tinggi dengan megahnya kerana usianya tidak terlalu tua tetapi masih ada datuk, pak cik dan mak cik di bawah taraf pendidikan yang diterimanya.
Pensyarah itu bangga... terlalu bangga! "Saya seorang sahaja yang boleh ajar subjek ini!" "Kalau bagi orang lain... hancur!!!"
Seolah-olah dia sahaja yang terbaik.
Sedangkan tulisannya di papan putih seperti budak baru belajar menulis.
Sekejap dia menulis ke kiri dan sekejap dia menulis ke kanan di mana ada ruang, di situ dia akan menyambung kucar-kacir
Sepanjang masa dihabiskan dengan kata-kata menghina "Soalan ujian ini kalau bagi saya buat, 10 minit dah cukup!" "Awak buat 2 jam pun tak cukup!" Terlalu bangga dia dengan ilmunya.
Dan dia cuba membuktikannya dengan menjawab soalan-soalan itu secepat mungkin namun ada banyak kesilapan juga? Awakkan pensyarah yang hebat itu? Pensyarah yang hebat itu pun salah juga?
Sedangkan pensyarah yang satu lagi Tulisan di papan putih ditulis teratur langkah demi langkah
Ada masa terluang dia memberi panduan dan teknik belajar dia memotivasikan pelajar menghilangkan rasa resah dan terhina Pensyarah seperti ini yang kita semua mahu, bukan seperti pensyarah yang berbangga diri itu menghina kursus ijazah yang sedang diambil seolah-olah pengiktirafan akademiknya itu terlalu hebat
dan pensyarah itu terus memalukan secara halus para pelajar yang datang dari jauh itu memandang hina dan terus menghina memalukan dan terus mengaibkan.
Pembunuhan itu terus berlaku antara pensyarah-pensyarah itu.
Apakah ini dikatakan persaingan saling membunuh antara pensyarah?
Kenapa harus ada saling musnah memusnah?
Adakalanya orang yang tinggi ilmunya memiliki Master, memiliki Ph.D lebih banyak melakukan kesilapan berbanding orang yang lebih rendah taraf akademiknya.
Kerana mereka telah buta dengan pangkat telah lemas dengan kehormatan telah pekak dengan kekayaan cuma mulut mereka masih boleh berkata-kata songsang menyebar ajaran sesat dengan apa yang dipanggil role model.
Layakkah?
RS: Ditujukan buat segelintir pensyarah yang telah lupa akan sesuatu.
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut