Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Rabu, Mei 02, 2012
Matlamat Itu Bara, Motivasi Itu Api

Perkataan motivasi itu, aku percaya, hadirnya kerana matlamat. Jika hidup ini tidak ada matlamat, maka bagaimanakah motivasi itu akan muncul.

Aku sukakan motivasi. Motivasi itu api yang bercahaya pada malam salji dingin. Aku perlukan matlamat, bara panas yang mampu menyalakan api, menerangi malam ini.
posted by Romantis Selatan @ 10:19 PTG   0 comments
Sabtu, Disember 10, 2011
Dunia Novelis Bergolak Lagi

Saya dengar dunia novelis bergolak lagi. Ini pastilah berkenaan Ombak Rindu. Asalnya apa yang diwar-warkan ialah mahu penerbit filem mahu kembalikan zaman kegemilangan filem-filem berunsur drama. Dahulu, filem-filem seperti ini, dipelopori oleh pelakon-pelakon seperti Sidi Oraza, Fauziah Nawi, Faisal Hussein dan ramai lagi.

Kini filem ini menjengah panggung dan terus mendapat kutipan yang sangat tinggi. Ombak Rindu begitu beruntung, kerana dapat dijadikan filem. Namun, penulis filem tidak mendapat keuntungan yang besar daripada filem tersebut. Aku tumpang simpati. Namun begitu, dikatakan jualan novel Ombak Rindu kembali laris di pasaran, ramai orang mengunjungi kedai-kedai buku untuk mencari novel Ombak Rindu ini. Takdir, apa yang kau rasa?

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 1:36 PG   0 comments
Ahad, Disember 04, 2011
Tersedar Dalam Rintik Hujan Bulan Disember

Setiap kali hujan turun, seringkali mengingatkan aku pada tangisan. Kerana pada bulan Disember ini, selalu sekali berlaku peristiwa yang mencengkam jiwa, menggusar hati dan pintu tawa pun tertutup. Pada bulan ini, kurang muncul sinar matahari, suasana mendung kurang ceria.

Tetapi rintik-rintik hujan selalu sekali membuat aku tersedar, betapa tenangnya hari yang dipenuhi air-air dari langit tinggi. Rupa-rupanya titis-titis dari angkasa ini, bisa mewujudkan sejenis ketenangan yang tidak dapat dirasai pada lain-lain musimnya.

Label:

posted by Romantis Selatan @ 9:15 PTG   0 comments
Selasa, November 22, 2011
Hari Ini Hari Keputeraan Sultan Johor - 22 NOVEMBER 2011

Hari ini cuti umum buat orang-orang di Johor. Aku menghabiskan masa aku pada waktu petang hari di Taman Merdeka, Johor Bahru. Pada waktu petang di situ, kelihatan beberapa orang tempatan mempersembahkan beberapa buah lagu, sambil disaksikan oleh puluhan penonton. Ada peserta berbangsa Cina dan ada juga Melayu. Kemudian, aku menjamah nasi lemak telur goreng dan milo ais, jumlah harga untuk kedua-duanya ialah lima ringgit tiga puluh sen sahaja.

BIODATA RAJA-RAJA JOHOR

D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM
  • D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, diputerakan pada 22hb. November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang Hospital Besar Sultanah Aminah)
  • Putera pertama dari sepuluh (10) orang adik beradik, Baginda mula menerima pelajaran di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru kemudian memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bahru.
  • Paduka ayahandanya D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menghantar D.Y.M.M Tuanku belajar di Trinity Grammer School Australia pada tahun 1968 hingga 1970.
  • Setelah tamat persekolahan, D.Y.M.M Tuanku telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, selama 3 tahun untuk menerima latihan asas ketenteraan.
  • Dalam bidang kesukanan pula, permainan polo merupakan permainan yang sangat-sangat digemari dan juga merupakan seorang pemain polo yang sangat handal dan terkemuka bukan sahaja di negeri ini bahkan dirantau Asia.D.Y.M.M Tuanku pernah menyertai permainan polo di Singapura, Manila dan Brunei.
  • Selain bermain polo, D.Y.M.M Tuanku juga gemar bermain tenis, boating (Water ski), payung terjun, menembak dan memandu kereta laju (sport car).
  • D.Y.M.M Tuanku sangat mengambil berat tentang kegiatan-kegiatan sosial di dalam negeri dan amat mesra dengan rakyat. D.Y.M.M Tuanku ialah Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor.
  • D.Y.M.M Tuanku telah dilanik sebagai Tunku Mahkota Johor di dalam satu upacara yang sederhana tetapi penuh istihadat di Istana Besar Johor Bahru pada 3hb. Julai 1981. Pelantikan ini telah dilakukan oleh ayahandanya iaitu Almarhum D.Y.M.M Sultan Iskandar dengan disaksikan oleh Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, Kerabat-Kerabat Damping, Ahli Jumaah Majlis DiRaja, Pembesar-Pembesar Negeri dan Orang-Orang Kenamaan.
  • D.Y.M.M. telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah kerana ayahandanya gering. Dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada hari Sabtu 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah setelah ayahandanya mangkat.

D.Y.M.M RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH
D.K. (JOHOR) S.P.M.J, S.P.C.M.
  • D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah, dilahirkan pada 14hb. Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.
  • Beliau ialah puteri kedua dan anakanda yang ketiga kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak dan D.Y.M.M. Raja Perempuan Perak.
  • D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar hingga darjah enam. Setelah tamat pengajian di sekolah rendah, Beliau meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar.
  • Dalam bulan September 1972, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah melanjutkan pelajaran di Chaltenham Ladies College, di England hingga tingkatan enam.
  • D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah pada bulan September 1977 meneruskan pelajarannya di Davies's College, London dan tahun berikutnya diterima masuk ke Somerville College, di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination.
  • Beliau tamat pengajian di Universiti Oxford dengan mendapat Ijazah Bachelors of Arts dalam bulan Jun 1983 dan mengikut tradisi Universiti Oxford, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah menerima Ijazah Master of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.
  • Dalam tahun 1980 D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah berpeluang melawati Turki dan Mekah untuk menunaikan umrah bersama Paduka ayahanda dan bonda serta keluarga. Pada tahun 1985, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah menunaikan Haji bersama D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.
  • Seperti juga ayahandanya, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah adalah seorang yang kaya dengan bakat seni terutama sekali seni lukisan dan lukisan-lukisannya pernah menjadi hiasan buku cenderamata Pesta Lukisan Kanak-Kanak.
  • D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah seorang yang peramah dan mempunyai jiwa rakyat dan sentiasa menyedari dan menghargai segala pengorbanan anggota-anggota Pasukan Keselematan.
  • Pada bulan Mac 1983, Paduka ayahandanya D.Y.M.M. Sultan Perak telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran 'Seri Paduka Cura DiManjakini (S.P.C.M.) kepada D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah.
Sumber: http://www.johordt.gov.my/kerajaan/page/dymm_sultan_johor

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 11:58 PTG   0 comments
Isnin, November 21, 2011
Bumper Kereta dan Nombor Ekor

Hari itu, 19 November 2011, ketika itu kenderaan bergerak perlahan ke Selatan, dan kemudian keretaku dirempuh dari belakang oleh seorang lelaki India. Lelaki India yang budiman ini tidak melarikan diri, sebaliknya bergegas mendapatkan aku. Aku pun berjabat tangan dengannya. Lelaki India ini berjanji akan membayar ganti rugi kerana telah merempuh bumper keretaku. Aku bersetuju. Ini kali pertama keretaku terlibat dalam kemalangan. Kemalangan ini pun bukan kerana salahku.

Kami berangkat menuju ke sebuah bengkel kereta yang dimiliki oleh seorang anggota kongsi gelap Cina. Selepas lelaki India membayar wang pada seorang tauke bengkel berbangsa Cina, aku pun mendapat bumper kereta yang baru. Pada petang itu lelaki India itu menelefon aku, memberitahu aku bahawa dia mahu membeli nombor ekor. Katanya nombor plat kereta aku mungkin bertuah. Aku tergelak kecil. Begitulah kisah bumper ekor dan nombor ekor.

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 9:20 PTG   0 comments
Ahad, November 20, 2011
SURAT UNTUK TAKDIR 2011 - Era Baru Romantis Selatan

Lama sudah aku meninggalkan kantor penulisan ini. Hari ini, 20.11.2011, aku kembali ke ruangan ini untuk menulis sepatah dua kata. Mungkin beratus-ratus kata, perkataan. Kali ini aku menulis tentang satu dunia asing yang bukan lagi dunia yang biasa aku lalui suatu ketika dahulu. Ini adalah dunia selepas graduasi. Selepas aku berjaya mencapai kejayaan dalam kerjayaku. Apa pun masih tetap ada satu persamaan, aku tetap merendah diri seperti dahulu. Tidak ada catatan yang boleh dibanggakan. Cuma beberapa kisah kejayaan.

Sekembalinya aku ke sini, aku mengingati berkali-kali, semua memori ketika aku masih di universiti. Aku mengingati rangkaian-rangkaian cerita dahulu, semuanya sudah berlalu. Aku masih tidak lupa untuk menghubungi guru-guru, pengajar-pengajarku yang dahulu. Bagaikan masa itu tidak pernah berhenti menunggu, supaya aku kembali ke sisinya. Seperti masa itu masih tetap terus merindui aku, yang dulu. Atau barangkali... masa itu sungguh terharu melihat aku kini datang menjenguknya.

Sayang sekali, masa itu tidak bernyawa, tidak berperasaan seperti kita-kita semua. Adakah sesiapa di sini yang akan mengalu-alukan aku? Aku tidak pasti, aku tidak mengharap apa-apa pun. Aku cuma mahu mencatat apa yang aku rasa kini. Tentang pekerjaanku barangkali, atau tentang kisah-kisah hidup manusia di sampingku barangkali?

Nah, ini aku, sedang bercerita kini...

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 7:14 PTG   0 comments
Rabu, Ogos 20, 2008
Satu Penamatan

Perlukah aku mengucapkan apa-apa? Selama ini aku kesunyian kerana bidang yang berbeza daripada orang lain. Minat yang tidak sama dengan orang lain. Aku kesunyian, kerana ini, tetapi aku masih memiliki sahabat-sahabat terbaik yang menemani aku, sepanjang aku kesunyian. Tetapi ada orang salah faham, mereka ingat aku dipinggirkan orang. Tidak, tidak ada sesiapa pun yang meminggirkan aku. Cuma impian yang menyisihkan aku. Mereka salah memahami aku.



Selepas ini apa pula? Aku, pasti mahu, mahu menjejaki identiti asalku. Rahsia yang terpendam sejak lebih dua dekad lalu. Perjuangan ini belum lagi selesai. Aku, akan terus memburu rahsia itu.

Label:

posted by Romantis Selatan @ 5:02 PTG   0 comments

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites