Saya dimaklumkan oleh Saudara
Amiene Rev, bahawa beliau sudah mula menulis. Saya kurang sihat sejak akhir-akhir ini. Saya tidak tahu kenapa saya tidak sihat. Saya tidak tahu kenapa saya kurang segar. Saya cuma tahu, saya mahu sihat.
Tekanan. Tekanan yang menyerang saya, sudah mati. Kebimbangan. Kebimbangan yang menghantui saya, sudah alah. Saya, masih sama seperti dahulu. Saya, masih mengejar kejayaan dengan tegas dan garang.
Saya tinggal berhampiran dengan tempat seorang pelajar membunuh diri. Bilik orang membunuh diri. Seorang gadis cina, telah menggantung dirinya di dalam bilik. Gadis ini, hidupnya habis begitu sahaja. Tekanan. Tekanan boleh menyebabkan kematian.
Saya sedang menunggu, buku kisah hidup saya ditulis oleh sahabat saya yang seorang ini. Saya tidak tahu sama ada masa masih mengizinkan saya untuk menatap buku tersebut. Saya tidak pasti, tidak yakin lagi, berapa lama saya akan wujud di dunia ini.
Fikirkan sihat. Romantis, fikirkan kesihatan datang kepada dirimu. Kata
Amiene Rev kepada saya pada suatu ketika. Sekarang dia sangat sibuk. Dia kembali sibuk, tetapi bila ada perkara-perkara penting, dia pasti memberitahu saya. Dia sentiasa mengingati saya. Kawan-kawan, sahabat-sahabat, atau orang-orang yang dia kenal, dia suka menolong mereka. Kadangkala, kawan-kawan, sahabat-sahabat, atau orang-orang yang dia kenal tidak tahu pun yang dia menolong mereka. Dia menolong secara senyap-senyap. Itu memang tabiat dia.
Amiene Rev... Amiene Rev...
Saya harap dia akan terus sukses! Hai, apa lagi yang saya mahu tulis di sini. Saya penat. Saya mahu lelap. Oh, ya, tidak lupa, Selamat Hari Guru, Selamat Hari Ibubapa... buat semua.
Pergi dulu. Jumpa lagi.