Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Selasa, Februari 27, 2007
Ringkasan Hidup Aku Sebelum Aku Pergi

Kebebasan. Kali ini aku bukan bercakap soal penderhakaan lagi. Sebab aku sudah faham, ibu bapa tidak semestinya betul. Adakalanya aku perlu membuat keputusan sendiri. Namun aku rasa, dalam banyak hal, aku harus membuat keputusan sendiri.

Sejarah silam aku, membuktikan aku sering diabaikan dalam keluarga aku. Kebahagiaan ternyata wujud dalam masyarakat yang aku hadapi, tetapi tidak wujud dalam masyarakat kecil. Sekiranya aku terus melibatkan diri dalam masyarakat kecil (keluarga aku), terus membiarkan diri aku dikongkong oleh keluarga aku, maka kesudahannya aku akan menjadi, seorang bodoh dan tidak berguna.

Sehingga sekarang aku kurang kemahiran dalam banyak hal-hal yang tak penting. Gara-gara kongkongan ibu bapa. Namun orang lain menganggapnya penting. Apabila orang meminta aku memandu kereta, aku tidak dapat. Sekarang aku faham, kadangkala aku harus menganggap ibu bapa aku sebagai 'MUSUH'. Mereka akan memusnahkan hidup aku pada jangka masa panjang dengan keputusan-keputusan mereka. Tidak boleh patuh pada arahan mereka.

Mungkin ini adalah penderhakaan? Tidak. Kalau benar ini adalah penderhakaan, maka kalau ibu bapa aku suruh aku merompak, patutkah aku pergi merompak? Masalah ibu bapa aku tidak tahu membuat keputusan yang betul.

Sepanjang masa, mereka memandang rendah aku. Menghalang aku daripada menerokai hidup aku. Aku ingat semasa dahulu, aku ingin mengisi borang ke asrama penuh. Mereka menghalang. Aku ingin pergi ke tempat jauh daripada keluarga aku. Sebab mereka mengongkong. Aku lihat abang-abang aku dan kakak-kakak aku semuanya membesar di tempat lain, di sekolah berasrama. Mereka bebas daripada kongkongan ibu bapa, mereka mencipta keputusan sendiri.

Dalam keluarga, barangkali, aku seorang yang paling jarang membantah arahan keluarga. Paling kerap disisihkan. Kadangkala ibu bapa aku tidak menyedari kewujudan aku. Semasa kecil, baju-baju aku semuanya baju-baju yang sudah dipakai, baju-baju abang-abang aku. Abang-abang aku bergembira mendapat baju baru. Aku mewarisi baju-baju mereka. Semasa kecil, abang-abang dan kakak-kakak aku sering menumpang kereta ibu bapa aku untuk ke sekolah, aku berjalan kaki sendiri ke sekolah.

Aku berbeza dengan adik-beradik aku yang lain. Abang-abang aku sering mencemburui aku kalau aku mendapat biar satu pun kelebihan. Aku cuma mendiamkan diri apabila melihat abang-abang aku mendapat sesuatu daripada ibu bapa aku.

Aku berbeza daripada adik-beradik aku yang lain. Adik-beradik aku sering memandang rendah aku sebab mereka belajar di di tempat yang lebih baik. Aku pula tidak dibenarkan meninggalkan rumah. Aku cuma ada seorang adik perempuan. Adik aku ini paling beruntung. Kakak-kakak aku juga beruntung. Mereka dapat apa yang mereka mahu. Aku... tidak.

Sekarang, aku sudah bebas, tinggal jauh daripada keluarga aku. Namun sebelum itu, ibu bapa aku telah meninggalkan kunci rantai yang telah mengongkong hidup aku. Kunci masa depan.

Sekarang masa depan aku terpadam... walaupun aku sudah berjauhan, ibu bapa aku masih mengongkong aku menerusi cita-cita aku.

Aku bernasib baik tidak berkesudahan seperti abang sulung aku. Gila.

Aku mahu buat keputusan sendiri. Mereka tidak boleh mengongkong hidup aku lagi.

Garuda yang memberontak, terbang bebas di angkasa. Raya...

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 8:53 PG  
2 Comments:
  • At Sel Feb 27, 02:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter said…

    Aku membaca cerita kau ini dengan seribu satu persoalan. A

    Apapun, semoga jalan kehidupan yang kau pilih terus diberkati, dirahmati, diredhai.

     
  • At Sab Mac 03, 05:03:00 PTG, Blogger Unknown said…

    adakalanya 'penderhakaan' itu perlu.

    akak juga pernah meyambung pelajaran, dalam bidang yg dipilih oleh keluarga dan satu ketika memilih untuk membuat keputusan sendiri. dan pilihan itu walau ditentang tetapi pilihan itu membahagiakan kerana akak 'enjoy' dengan kerjaya itu sekarang. dan mereka juga menerima dan memahaminya.

    tapi bak kata pepatah "tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. .."

    Semoga berjaya dalam keputusan yang dipilih. :D

     
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites