Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Khamis, Ogos 10, 2006
Ujian
Minggu depan, saya akan dilanda ujian untuk suatu subjek Matematik. Ada sesuatu yang masih saya rasa tidak kena, tetapi saya rasa saya boleh menghadapinya.
Sehingga kini masih belum hilang rasa terkilan dan kecil hati. Kesannya begitu kuat. Apalagi apabila ucapan itu diucapkan oleh pensyarah tersebut di hadapan pelajar-pelajar junior. Pada hari kedua. Saya rasa agak malu dengan tindakan pensyarah tersebut. Seperti kali pertama saya mengambil subjek matematik tersebut. Seorang pensyarah yang memarahi pelajar lain yang tidak hadir ke kelas, dia memarahi pelajar tersebut yang tidak hadir, tetapi memandang ke arah saya. Ramai orang menganggap saya yang dimarahi. Bukankah itu memalukan! Perbuatannya menimbulkan salah faham orang ramai.
Saya tidak lagi berani bercakap dengan junior-junior di dalam kelas. Saya rasa terasing dan malu. Setiap kali saya masuk ke kelas, setiap kali itu juga saya mendiamkan diri. Apabila ada perkara-perkara penting, barulah saya akan bertanya. Itu pun, kepada sesiapa yang berada di sebelah saya. Jika tidak ada, saya diamkan diri.
Dan pada semester ini. Perkara itu akan berulang lagi. Ya, telah berulang lagi. Pada hari kedua, sebulan yang lalu. Ketika itu saya belum lagi menulis blog. Blog Jiwanaga - Surat Untuk Takdir belum lagi wujud.
"Awak, kenapa masih masuk ke kelas saya? Awakkan tahu bagaimana orangnya saya ini."
Cuba memadamkan rasa kecil hati itu. Tidak berjaya. Perasaan itu akan terus menghantui saya setiap kali membelek buku dan mempelajari pelajaran itu. Perasaannya seperti kesunyian dan keseorangan. Pensyarah itu...
kenapa? Kenapa mesti ada? Orang seperti ini...
kenapaboleh jadi...
... dan saya akan terus menghadiri kelas itu. Walaupun kelas itu berbahang neraka. Ini adalah suatu ujian. Saya pernah gagal ujian matematik, tetapi saya tidak pernah gagal ujian yang lagi satu ini. Sebab saya tahu...
Saya adalah orang yang ditunggu-tunggu untuk berjuang bersama-sama dengan matematik.
Banyak orang banyak ragam. Anggap saja orang itu didatangkan untuk menguji kesabaran kita... Hahaha... saya pandai cakap saja, diri sendiri pun tak reti nak sabar. :P Teruskan berjuang. Chayok!
berjuanglah hingga titisan darah yang terakhir! anggapkan pensyarah itu musuh, mahu kah kau dia ketawa berdekah dekah sambil berkata lihat! dia memang cepat mengalah! jadi berjuanglah tunjukkan padanya yang engkau adalah hebat!
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
RS,
Teruslah berjuang! Tuhan ada bersama kamu, insyaAllah.