Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Jumaat, Julai 28, 2006
Mengira Kambing Biri-biri Di Dalam Monorel
Saya menemui junior saya yang menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Sebetulnya dia adalah junior saya. Namun dia kini di peringkat yang lebih tinggi daripada saya. Saya mencadangkan dia untuk menjadi Tutor supaya kelak dia boleh mengajar saya secara rasminya.
Hari ini saya ingin mengutarakan satu persoalan yang cukup aneh. Baru-baru ini sudah ada berita untuk membina landasan monorel di Selatan tanah air. Berita ini cukup menggembirakan bagi sesiapa yang tidak mempunyai kenderaan tetap. Kemudahan ini sudah pasti akan memudahkan pergerakan para penduduk di Selatan.
Tertarik dengan Esis dan perniagaan kambing bebiri, saya pula begitu berminat untuk mengira kambing biri-biri yang menaiki monorel. Berikut adalah persoalan yang menghantui pemikiran saya:
Soalan Satu: Berapa ekorkah kambing biri-biri yang dapat dimuatkan di dalam sebuah monorel?
Soalan Dua: Berapa kalikah secara puratanya, seekor kambing bebiri akan mengembek semasa monorel bergerak?
Soalan Tiga: Adakah suara kambing biri-biri akan dapat mengatasi bunyi bising monorel semasa bergerak?
1. Kapasiti kambing yang boleh dimuatkan di dalam monorel adalah diantara 100 hingga 150 ekor bergantung kepada isipadu kambing-kambing berkenaan.
2. Secara puratanya, jika monorel itu bergerak dengan kelajuan 60km/jam dengan jarak dari KL Sentral hingga ke Stesen terakhir di Titiwangsa, seekor kambing akan mengembek sebanyak 60 kali.
3. Jika 100 ekor kambing mengembek serentak, mereka akan menghasilkan bunyi yang kuat pada nilai 150db yang akan menenggelamkan bunyi monorel itu yang hanya pada tahap 100db.
4. Binatang tidak dibenarkan dibawa menaiki monorel.
Sekian, terima kasih... hahaha... terer tak aku mengarut?
..membaca kisah2 anda mengingatkan saya pd teman saya yg tua 4 tahun dari saya. Baru-baru ini dia baru grad dan dia juga kaum adam, sama seperti anda. Kisahnya hidupnya ada ranjau dan duri, sama seperti anda. Minatnya ada pada sastera juga, sains dan jg matematik. Kerajinannya seperti anda, die jg ada satu kelebihan yg jarang2 org lain ada (satu rahsia yg pernah diceritakannya pd saya), seperti anda jg. Minatnya pd motivasi dan suka memberi motivasi, terutama pd junior2nya. Sering menjd bahan rujuk junior2nya, dr batch terdahulu smpai la dia grad. Pelajarannya jg cemerlang,namun atas sebab2 tertentu terpaksa menunggu sehingga 8 thn utk menghabiskan pengajian. Dia jg rapat dgn pensyarah jg rapat pd junior. Rajin menolong anak bangsanya tp kadangkala terdgr rungutan kecil dan luahan rasa hatinyanya, pelajar skrg byk 'membuang dan mempersia masa', sbgimana anda bersungut. Saya pernah ditegurnya dan saya bersyukur dgn teguran itu. Sampai skrg saya masih meminta tunjuk ajarnya jika ada masa terluang. Dia jg pernah 'bermain' dgn teki teki bilakah waktunya utk dia grad dan sering 'merancang' strategi utk grad pd masa yg diharapkan, dan akhirnya dia berjaya. Mulanya saya memikirkan anda ialah teman saya. Kedua2 anda melalui liku yg sama namun berbeza2 ranjau. Maafkan saya sekiranya 'tersilap orang'. Tp benar, anda betul2 seperti teman saya... :)
>>>4. Binatang tidak dibenarkan dibawa menaiki monorel.
Ya ya. Ha ha. Kecuali: 1. ikan hiasan; 2. anak kucing yg disorok di dalam karung kertas; 3. cacing kerawit; 4. ayam dah kena sembelih; 5. rendang daging lembu; 6. ikan kembong masak singgang... Ha ha. Adeh deh deh...
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
Ini adalah jawapan aku.
1. Kapasiti kambing yang boleh dimuatkan di dalam monorel adalah diantara 100 hingga 150 ekor bergantung kepada isipadu kambing-kambing berkenaan.
2. Secara puratanya, jika monorel itu bergerak dengan kelajuan 60km/jam dengan jarak dari KL Sentral hingga ke Stesen terakhir di Titiwangsa, seekor kambing akan mengembek sebanyak 60 kali.
3. Jika 100 ekor kambing mengembek serentak, mereka akan menghasilkan bunyi yang kuat pada nilai 150db yang akan menenggelamkan bunyi monorel itu yang hanya pada tahap 100db.
4. Binatang tidak dibenarkan dibawa menaiki monorel.
Sekian, terima kasih... hahaha...
terer tak aku mengarut?