Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Isnin, Julai 24, 2006
Pensyarah Yang Merendah Diri
Ada seorang pensyarah yang unik dan merendah diri. Apa lagi jika bukan pensyarah pencen itu. Namun pensyarah ini patut dipuji. Seperti satu bentuk motivasi kepada pelajar-pelajar yang tidak dianugerahkan bakat dalam bidang ini.
"Saya lemah dalam kamiran. Sebab itu saya ajar awak guna kalkulator untuk buat kamiran."
Trauma terhadap matematik beransur-ansur reda. Seolah-olah ada suatu suara berkata. Lihat! Orang yang lemah kamiran pun boleh jadi pensyarah matematik. Dia mengajar pun lebih jelas daripada pensyarah matematik yang mahir matematik.
Namun saya dapat lihat satu elemen yang khusus menyebabkan pensyarah ini dapat mengajar subjek-subjek matematik. Persefahaman. Rendah diri. Dia dapat mengajar pelajar pada tahap yang setara dengan kebolehan pelajar.
Berbeza dengan pensyarah yang sedia berkebolehan dalam matematik. Mereka tercari-cari tahap yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran. Malah ada sesetengah pensyarah berbakat matematik yang saya lihat, mengajar dengan adanya pancaran sifat riak dan bangga diri. Seringkali mereka kelihatan kelam kabut dan hampir (atau terus hilang) sabar dalam pengajaran apabila apa yang mereka ajar tidak difahami. Kegagalan mengawal emosi. Kegagalan untuk membendung sifat-sifat ini menyebabkan ramai pensyarah berbakat matematik gagal untuk mengajar subjek-subjek matematik dengan berkesan.
Dilihat dari segi keyakinan diri. Kedua-dua jenis pensyarah didapati yakin mampu mengajar. Bezanya, pensyarah yang lemah matematik lebih hidup, lebih mampu mencari jalan penyelesaian, lebih kreatif, lebih bersifat memimpin, lebih berkarisma dalam pengajarannya berbanding dengan pensyarah yang berbakat matematik. Fleksibiliti dalam mengatur proses pengajaran bagi pensyarah jenis lemah matematik ini lebih terserlah.
Pendek kata, pensyarah yang lemah matematik adalah lebih baik dan lebih sesuai untuk mengajar matematik berbanding dengan pensyarah yang berbakat dalam matematik.
Ini cuma kesimpulan yang agak awal. Berdasarkan pemerhatian majoriti dan pengalaman peribadi.
Teori itu terpakai bila saya terfikirkan kenapa ramai kawan2 yang bijak2 dalam Matematik dan Matematik Tambahan Tambahan dulu tidak berminat pun menjadi pengajar subjek Matematik....sebaliknya 1-2 orang kawan yang biasa2 saja dalam Matematik sekarang menjadi cikgu Matematik..!
Dan saya akui benar. Ada dua orang pensyarah di fakulti sains komputer. Seorang agak kurang pointernya. Dan seorang lagi mendapat anugerah naib canselor. Pensyarah A gagal mendapat tempat untuk menyambung master di Oversea, dan meneruskan master di sini. Pensyarah B, berlepas ke London, dan berjaya membawa balik segulung master. Mengajar matapelajaran yang sama, namun kelas pensyarah A mempunyai bilangan A yang banyak berbanding pensyarah B. Soalannya sama, dan ditanda secara bersilang. Maksudnya A tanda B dan B tanda A. Seterusnya diperiksa semula oleh A dan B. Siapa yang bagus sebenarnya?
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
Betullah itu agaknya...
Teori itu terpakai bila saya terfikirkan kenapa ramai kawan2 yang bijak2 dalam Matematik dan Matematik Tambahan Tambahan dulu tidak berminat pun menjadi pengajar subjek Matematik....sebaliknya 1-2 orang kawan yang biasa2 saja dalam Matematik sekarang menjadi cikgu Matematik..!