Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Rabu, Ogos 09, 2006
Adakah Aku Benar-benar Gembira?

Sebenarnya sudah lama lagu tema saya dilenyapkan oleh laluan trafik yang tidak stabil. Tidak tahu di mana silapnya, lagu tema blog saya "Sadness and Sorrow" itu tidak lagi berfungsi. Blog ini tidak lagi dibuai oleh emosi dalaman saya. Cuma tertera kegembiraan pada tulisan-tulisan harian. Itu pun jika diiktiraf oleh para pembaca.

Tidak ada sesiapa yang tahu, dalam diam saya masih menderita kesakitan. Namun begitu hati saya kini masih terasa bahagia. Kehidupan hari ini sudah menjadi semakin lali. Saya tidak lagi begitu asyik untuk bertemu dengan pensyarah. Segala urusan seolah-olah boleh diselesaikan sendiri. Adakah ini bermaksud, saya telah memiliki kekuatan Matematik? Saya sendiri tidak pasti.

Sebenarnya pada semester ini, saya rasa agak kecil hati. Beberapa semester lepas, ada satu subjek yang saya tidak lepas. Pada semester ini, baru saya berpeluang untuk menebusnya dan kelas yang saya hadiri itu diajar oleh pensyarah yang sama. Pensyarah yang pernah mengajar saya beberapa semester yang lalu. Pensyarah itu masih mengenali saya dan pada hari kedua pengajaran, dia memandang ke arah saya. Kemudian dia memulakan ucapannya:

"Saya ingin tahu, beberapa orangkah di dalam kelas ini yang ambil kursus pengajian ini bukan kerana pilihan pertama? Berapa orang yang terpaksa masuk ke kursus ini atau tersalah pilih..."

Belum sempat pensyarah menghabiskan kata-katanya, saya terus berdiri dan meluru ke meja pensyarah itu. Saya letakkan tugasan di atas meja. Pensyarah itu melihat saya dan berkata:

"Awak, kenapa masih masuk ke kelas saya? Awakkan tahu bagaimana orangnya saya ini."

Kata-kata itu menyebabkan saya kecil hati dengan pensyarah itu sehingga sekarang. Saya tidak bercakap dengannya, tidak lagi pergi ke biliknya. Tidak bersemangat untuk berada di dalam kelas itu. Namun saya tidak ada pilihan, harus meneruskan pengajian saya di dalam kelas itu.

Minat saya terhadap matematik luntur kerana seorang pensyarah tujuh tahun yang lepas. Dia memarahi saya kerana saya suka bertanya dan pergi ke biliknya untuk berbincang mengenai pelajaran.

"Saya sibuk ni!" Pada masa yang sama, suatu hari ketika saya dijemput oleh tukang cuci fakulti untuk makan mee goreng bersama-sama, saya terdengar tukang-tukang cuci itu mengumpat pensyarah tersebut. Kata mereka, pensyarah tersebut suka benar memarahi pelajar yang hendak menemuinya. Sibuk memanjang.

Itu kisah lepas. Ini pensyarah yang lain pula. Pensyarah ini pensyarah baru, masih agak muda. Umurnya sudah tentu belum mencecah 40. Mungkin belum mencecah 35 tahun. Baru berkahwin. Kadangkala di dalam kelas dia memerhatikan saya, dengan jelingan matanya. Saya mengelakkan diri dari bertentang mata dengannya. Saya tidak mahu tahu sama ada dia suka atau tidak suka saya berada di dalam kelas itu. Ada sebabnya kenapa pensyarah itu bersikap begitu, saya pasti ada sebabnya. Akan saya ceritakan pada entri yang akan datang. Itu pun jika saya pasti, itu adalah puncanya.

Sekarang sudah kira-kira tiga minggu saya menghadiri kelasnya. Namun saya tidak mahu dipengaruhi oleh kisah silam tujuh tahun lepas. Seorang pensyarah tua yang pernah membunuh semangat saya. Seperti watak Ibu Mertua dalam kisah Kassim Selamat. Membunuh semangat saya untuk meminati matematik. Lalu saya harus cuba sekali lagi untuk menerapkan kata-kata ini, sebelum tidur:

Saya cintakan matematik.
Saya mengasihani matematik.
Saya suka matematik.
Saya yang paling hebat dalam matematik dalam hidup saya.
Pada masa depan, matematik akan menyelesaikan banyak masalah saya.
Matematik satu permainan.
Matematik adalah apa yang saya cari selama ini.
Matematik semakin hari semakin mudah untuk difahami.
Matematik sahabat saya.
Matematik teman kesunyian saya.
Pada masa lapang, apabila kesunyian, saya akan berbicara dengan matematik.
Saya akan memahami matematik.
Memahami permasalahan matematik.
Menyelesaikan masalah bersama matematik.
Meminta pendapat matematik.
Saya mempermudahkan matematik.
Saya mencipta kefahaman baru terhadap matematik yang lebih mudah.
Saya genius matematik.
Saya menerangkan matematik kepada orang ramai.
Saya menjelaskan siapa sebenarnya matematik kepada orang ramai.
Saya memberitahu orang ramai betapa ruginya mereka mengabaikan matematik.
Saya menyelamatkan matematik.
Saya mengagungkan matematik Saya bersama matematik.
Saya setia terhadap matematik.
Saya bangga dapat bersama matematik.
Saya sahabat terbaik matematik.
Saya akan berjuang bersama-sama matematik dengan tegas dan garang.
Kenangan manis saya bersama matematik akan terus tercipta dan menjadi rujukan generasi-generasi akan datang.
Matematik dalam hati saya.
Matematik dalam jiwa saya.
Matematik tersenyum memandang saya.
Matematik berjabat tangan dengan saya.
Matematik menemani kehidupan saya.

Matematik telah menunggu kelahiran saya, dan mendekati saya sepanjang hidup saya kerana dia tahu, saya adalah insan terpilih untuk berjuang bersama-sama matematik....

Label:

posted by Romantis Selatan @ 12:13 PG  
7 Comments:
  • At Rab Ogo 09, 12:49:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hm aku ade masalah mcm ni..aku ade rase sesuatu bile masuk class math

     
  • At Rab Ogo 09, 11:37:00 PG, Blogger tumismenumis said…

    Teruskan bermatematik. Jadikan tempat ni satu tempat untuk memotivasikan diri ko. Nak dapat sesuatu yang kita idamkan bukan sesuatu yang mudah.

    Teruskan bermatematik sehingga anda dapat kira berapa kadar buih yg akan terhasil dalam secawan teh tarik dengan kadar tarikan tertentu. Jadilah orang pertama yg dapat buat pengiraan matematik ini.

     
  • At Rab Ogo 09, 01:20:00 PTG, Blogger Unknown said…

    ko kena buat matematik sehingga ko boleh tau kadar keupayaan kesan renggangan dan elastik roti canai yang ditebarkan oleh mamak roti canai..

    kalau pensyarah macam gitu baik suruh dia pencen cepat2..

     
  • At Rab Ogo 09, 05:30:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    berusaha dan terus berusaha..
    walaupun aku tak suke subjek tu...

    belajar last2 minute..

     
  • At Rab Ogo 09, 06:02:00 PTG, Blogger akirasuri said…

    alahai kisah kita ni lebih kurang...saya pun kurang suka ilmu hisap disebabkan cikgu saya di zaman sekolah dulu...tapi makin saya lari, makin saya hampir dengan ilmu hisap ini...huhu apa pun, berusahalah...kamu boleh jika kamu mahu :]

     
  • At Kha Ogo 10, 12:07:00 PG, Blogger Lan Rambai said…

    Kebanyakan cikgu matematik malas nak layan murid sebab memang susah nak ajar kot... tapi kalau ko dapat jalannya.. matematik akan jadi mudah gilos. cuma nak cari jalannya itu... kena pandai carik sendirik.

     
  • At Sel Sep 28, 01:57:00 PTG, Blogger ayen =D said…

    aku suka je student datang tny soalan kat aku--
    klu timbul isu "berada dalam course yg tak diminati atau dipilih"; rasanya ada juga isu "bekerja sebagai pendidik tapi tak layak; tak minat atau tak bersedia"

    jgn biar manusia yang tak sempurna itu cuba mencacatkan hidup kita--

     
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites