Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Selasa, Ogos 22, 2006
Pensyarah Dipanggil Cikgu

Saya cukup pelik dengan pelajar-pelajar junior zaman sekarang. Ada banyak soalan yang kadangkala mencuit hati. Mereka memanggil pensyarah sebagai cikgu. Dulu saya ingat, mereka bercakap mengenai cikgu sekolah atau semasa di matrikulasi, rupa-rupanya semua pensyarah mereka panggil cikgu.

Begitu juga di dalam kelas, apabila ada perkara yang hendak ditanya, mereka akan tanya cikgu di depan tu. Pensyarah terbeliak mata.

...dan...

pada minggu ini saya nampak nama saya ditaip dalam senarai kehadiran pelajar. Tidak perlu lagi menulis namaku...
posted by Romantis Selatan @ 8:27 PTG  
4 Comments:
  • At Rab Ogo 23, 01:49:00 PG, Blogger Unknown said…

    masa belajar dulu, saya panggil U sekolah, tapi pensyarah masih saya panggil En. dan Pn. Mungkin pelajar junior itu masih terbawa2 panggilan semasa sekolah. Tapi pada saya pensyarah juga seorang cikgu, yang membezakannya mungkin tempat mengajar dan tarafnya sahaja. :)

     
  • At Rab Ogo 23, 09:21:00 PG, Blogger Romantis Selatan said…

    betul, pensyarah sebenarnya adalah pengajar atau pendidik. oleh itu mereka juga adalah cikgu. cuma, status akademik dan lokasi pengajaran mereka tak sama dengan cikgu. semakin tinggi ilmu pengetahuan semakin besar tanggungjawab.

    sebab itu mereka kena tekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar dan mengikuti kaedah mengajar yang betul.

     
  • At Rab Ogo 23, 09:28:00 PG, Blogger zwitterion said…

    yg bezanya hanya tempat dan taraf serta gred gaji mungkin..
    apapun tugasnya mendidik para pelajar..

     
  • At Rab Ogo 23, 06:04:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter said…

    Begitu juga kalau di sektor pembinaan... kalau di tapak projek projek manager, eksekutif, supervisor.... semua mat2 indon akan panggil 'kerani'...hehehe

     
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites