Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Ahad, Ogos 27, 2006
Lahirnya Yang Paling Kuat...
dan sirkel kaca itu telah terhempas ke lantai tanpa menghiraukan sebarang risiko rama-rama itu mula mengibaskan kepaknya...
perlahan-lahan rama-rama itu terus terbang ke arah matahari yang sedang terik memancarkan cahayanya kesunyian dan kebosanan hidup menyebabkan rama-rama itu semakin hari semakin nekad
pertama, untuk menghapuskan penghinaan yang diterimanya kedua, untuk mencapai cita-citanya ketiga, untuk menghiasi nesannya dengan bunga-bunga sunyi keempat, untuk menghidupkan kembali apa yang telah buta dan kabur...
rama-rama itu terbakar menjadi abu, abu itu terus meninggalkan bekas dan kesan...
pada ketika itu munculnya pheonix menjulang ke langit menjelma sebagai garuda emas dan garuda emas itu terus bangkit memikul prinsip jiwa naga tegas dan garang
gelombangnya menyemarakkan dunia dan melampaui kokun yang mengurung dirinya
apakah yang telah berlaku? demi mencipta dirinya yang paling kuat demi memecahkan semua permasalahan dan rintangan...
garuda emas melaungkan cabaran melihat kemusnahan
Nyawa jadi taruhan hidup atau mati
perjuangan itu telah bermula
masa semakin hari semakin singkat. semakin singkat. semakin tercedera. semakin parah.
namun semangat itu semakin kuat. mengatasi daya upaya fizikalnya seolah-olah jasad itu tidak penting lagi
dan ini adalah surat untuk takdir... penghujung cerita menamatkan bahagian kedua...
..secara rasminya...
dan apabila roh itu telah terlerai dari jasad satu roh yang lain mengisi jasad itu
bergerak dalam suasana serba baru
sukar diramalkan sukar ditamatkan sukar rebah
tiada penghujungnya.
api-api terus mengalir memadamkan kebisuan
tanah-tanah terus diinjak mematahkan jeriji besi yang menghalang meleburkan tembok emas
dan mata itu terus merenung ganas tidak ada belas kasihan lagi
mempertaruhkan segala-galanya.
sama ada kegagalan. atau kejayaan.
menutup segala penghinaan itu.
mencipta pesona angkuh. merubah sifatnya. dan api dendam terhadap penghinaan yang berterusan juga terhadap kesunyian yang menjadi temannya
suatu ketika pada zaman akan datang akan bertemankan tempik laung dan gegaran
menghembuskan nafas serba berbisa dengan hati yang telah disakiti mengubah takdir yang tertetap
dan meletakkan kematian sebagai tali tunggal putus tali itu mati
ini adalah api yang bangkit terus menerus menulis dan menghancurkan lidah bangsawan mematahkan pena-pena intelektual yang takbur
api yang terhembus dari nafas jiwa naga yang mengiringi kemunculan garuda emas
dari selatan terus mengembara ke timur ke barat ke utara
mengajar semua keporak-peranda tentang erti menguburkan sebuah keranda menyuburkan segenap rindu di dada
lalu api terus membakar bintang-bintang yang menyinari lapangan kesat itu dan dari tanah yang telah bongkang maruahnya di bakar sehingga tandus.
tidak ada penamat untuk satu perjuangan kematian dan kehidupan menjadi satu.
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut