Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Rabu, Oktober 24, 2007
Keras Hati!

Aku kembali dalam dunia penulisan blog tanpa diundang. Aku meninggalkan dunia blog juga tanpa diiringi sesiapa. Sesungguhnya, cuma kesunyian yang menemani hidup aku.

Hari ini aku keluar dari bilik yang serba gelap. Semacam ada satu kuasa, mendesak aku, supaya keluar melihat langit. Cuaca yang cukup cerah pada hari ini, menyebabkan aku, terdetik rasa rindu kepada segala-galanya yang aku tinggalkan sejak beberapa hari lepas.

Aku rindu pada pohon-pohon hijau. Aku hiba melihat perubahan yang telah berlaku. Inilah dunia yang aku cuba asingkan diri aku. Dunia luar. Kebebasan. Seperti manusia yang baru bangkit dari alam barzarkh, aku rasa seperti telah hidup semula.

Aku menghirup nafas udara luar secukupnya. Matlamat aku hari ini, aku mahu meminta supaya satu subjek dibuka pada semester hadapan. Biar pun aku rasa aku akan kecundang satu subjek pada semester ini. Aku tetap berkeras hati!

Siapa tahu? Kalau-kalau aku berupaya lulus untuk subjek yang satu itu? Aku tetap mahu memperjudikan nasib, kali ini. Aku mahu, mahu memijak takdir yang malang!

Ingat! Dendaman aku semakin hari semakin kuat. Manusia telah meminggirkan aku. Manusia telah meninggalkan aku ketika aku dalam kesusahan. Manusia juga yang mempergunakan aku untuk kepentingan masing-masing. Mereka tidak memandang aku, ketika mereka dalam kesenangan. Aku benci manusia-manusia ini!

Mereka menyalahgunakan kuasa yang ada! Aku mahu semua manusia tahu bahawa kegeraman aku, dendaman aku semakin hari semakin menyala-nyala. Aku pasti, dia juga merasai apa yang aku rasa! Alam paranormal, alam psikik, alam syaitan, alam kufur, alam ghaib! Dengarlah jeritan aku ini!

Aku berdendam. Segala penyebab penderitaan aku selama ini, akan aku balas berkali-kali ganda. Dunia ini tidak ada lagi kasih sayang. Dunia ini adalah rimba dan manusia itu adalah haiwan. Hukum rimba adalah undang-undang dalam dunia ini.

Kalau begitu, biarlah aku kembali menjadi Garuda Bersayap Perak - Garuda Yang Memberontak! Aku benci manusia-manusia yang menindas keluarga aku! Aku berdendam dengan mereka semua. Untuk setiap titik darah dan air mata. Untuk setiap saat kesedihan, kesunyian dan derita. Aku akan membalas!!!

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 12:12 PG  
1 Comments:
  • At Rab Okt 24, 01:38:00 PG, Blogger Unknown said…

    Memanglah adat manusia itu dijulang jika dia ada kepentingan, kalau kita ini orang siapa-siapa saja, mahunya dia peduli..???? Ada ka tak da ka sama sajakan???

    Yeah, memang alam ini indah, hayatilah dengan tenang..

    jika gundah dan resah dihati dapat aman, tentu lagi seronok... :)

    semoga sabar... :)

     
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites