Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Selasa, Oktober 23, 2007
Ini Adalah Dendamanku!

Sepanjang beberapa tahun, sejak tangisan terakhirku, aku bersemadi di dalam bilik kurunganku. Tidak pernah lagi mengeluarkan suara, berbicara dengan sesiapa.

Bilikku serba lengkap dengan kegelapan, cuma ada cahaya dari tingkap berdekatan. Inilah dunia serba sunyi, yang menakluki kehidupanku, pemikiranku, kebahagiaanku, kerinduanku dan harapanku.

Bagaimana perasaanku? Cuma kemurungan dan dendam. Aku membenci, tidak lagi mempercayai sesiapa di sekelilingku. Biarpun pembaca blog ini juga kuanggap sebagai musuh yang mengetawakan aku. Tidak akan ada sesiapa pun yang mampu berniat untuk menolongku keluar dari penderitaan ini. Aku membenci kalian semua!

Aku berdendam dengan masa silamku. Suatu masa nanti aku akan membalas! Membalas terhadap semua yang menjadi punca penderitaanku selama satu dekad ini. Aku berdendam dengan kalian semua!

Masa silam, keputusan dan nasihat yang menjadi punca penderitaanku. Jangan harap akan aku lepaskan dengan begitu sahaja. Takdir itu akan runtuh, pekak, buta dan rapuh dalam tanganku!

Ketika orang lain mengejar cita-cita dengan gembira, ketika orang lain bersama teman-teman mengecapi kejayaan dengan bahagia, aku dibiarkan menderita, menanggung kesunyian dan rasa bersalah seorang diri! Celaka mereka semua!

Ini adalah dendamanku. Biarpun jalan gelap yang kuikuti, aku pasti, akan membalas dendam terhadap mereka semua! Masa silam yang jahanam! Masa silam gelap yang zalim! Dan masa depan yang berani membuli kehidupanku! Aku akan membalas!

Label:

posted by Romantis Selatan @ 11:40 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites