Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Sabtu, November 18, 2006
Hilang Bayu Berganti Pheonix
Sayap Tunggal hilang hakikat. Kepercayaannya terhadap takdir terus lenyap. Jasad Bayu terus terpaku. Wajah sayunya seolah-olah beremosi, memahami perasaan manusia di sisinya.
"Janganlah engkau menghukum takdir." Tiba-tiba jasad Bayu terus berlerai menjadi debu-debu, runtuh, jatuh bertimbun di atas tanah.
"Sudah kau fahami mesejku, dalam erti kehidupan, tidak pernah wujud perkataan mati. Hidup ini berpindah randah. Dari satu alam ke satu alam yang lain." Abu-abu itu terus menyala dengan warna keemasan.
Sayap Tunggal berganjak sedikit. Sinar cahaya terik daripada timbunan abu tersebut bagaikan suria, sungguh menyilaukan mata.
Kemudian dari abu tersebut, melonjaknya seekor burung pheonix, mendepakan sayapnya, dengan jurai-jurai ekor bersimpul-simpul, terus menjulang ke angkasa. Kemudian dengan pantas unggas keramat itu menjunam ke bumi, mendarat dan perlahan-lahan berubah rupanya menjadi manusia, seiras Bayu.
"Bayu?" Sayap Tunggal dalam kehairanan bercampur gembira. Melihat perubahan Bayu. Wajahnya tidak lagi biru pucat dan sedingin dulu. Kini bersinar-sinar keemasan.
Telah kuberitahu pada angin malam di waktu senjakala sebelum terbit bintang Kejora
Telah kubilang sama gerimis malam setelah awan kumulus menutupi bulan purnama betapa aku masih menanti langit malam akan cerah semula
Telah kutahu di mana letaknya kau wahai Phoenix Asteroid cakerawala pengembara di langit ketujuh betapa kutahu kau tiada berteman namun kau tetap di orbit mu sehingga Hari Kemusnahan Alam
Telah kutahu wahai Phoenix Asteroid kau telah melihat perjalanan sejarah manusia sejak Nabi Adam AS sehingga mutakhir alaf ketiga sudah menjelma namun kau masih mengembara bersendirian
Telah ku tahu rajah perjalananmu wahai Phoenix Asteroid merentasi galaksi Bima Sakti dan "Bear Constellations" serta menemui Comet Halley merasai kepanasan mentari-mentari di setiap sistem solar dan juga kedinginan Planet Pluto
Telah kutahu kau telah cuba membilang galaksi yang bertaburan di angkasa raya namun kau telah maklum betapa banyaknya galaksi itu sehingga manusia di planet bumi ini masih belum selesai mengkatalogkannya di dalam CD-ROM
Selamat tinggal Phoenix Asteroid selamat tinggal semoga perjalanan mu penuh diberkati kerna bila kau melintasi di sini lagi aku mungkin telah tiada di dunia fana ini....
Nama: Romantis Selatan Lokasi: Malaysia Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini.
Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya...
Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang.
Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan. Maklumat Lanjut
"PHOENIX ASTEROID"
Telah kuberitahu pada angin malam
di waktu senjakala
sebelum terbit bintang Kejora
Telah kubilang sama gerimis malam
setelah awan kumulus menutupi bulan purnama
betapa aku masih menanti
langit malam akan cerah semula
Telah kutahu di mana letaknya kau
wahai Phoenix Asteroid
cakerawala pengembara di langit ketujuh
betapa kutahu kau tiada berteman
namun kau tetap di orbit mu
sehingga Hari Kemusnahan Alam
Telah kutahu wahai Phoenix Asteroid
kau telah melihat perjalanan sejarah manusia
sejak Nabi Adam AS sehingga mutakhir
alaf ketiga sudah menjelma
namun kau masih mengembara bersendirian
Telah ku tahu rajah perjalananmu
wahai Phoenix Asteroid
merentasi galaksi Bima Sakti
dan "Bear Constellations"
serta menemui Comet Halley
merasai kepanasan mentari-mentari
di setiap sistem solar dan
juga kedinginan Planet Pluto
Telah kutahu kau telah cuba membilang
galaksi yang bertaburan di angkasa raya
namun kau telah maklum betapa banyaknya
galaksi itu sehingga manusia di planet bumi ini
masih belum selesai mengkatalogkannya di dalam CD-ROM
Selamat tinggal Phoenix Asteroid selamat tinggal
semoga perjalanan mu penuh diberkati
kerna bila kau melintasi di sini lagi
aku mungkin telah tiada di dunia fana ini....
(C) hakcipta terpelihara alang kelana
18 Nov 2006