Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Jumaat, Oktober 26, 2007
Sekiranya Membunuh Diri Itu Halal, Alangkah Baiknya!

Petang tadi, aku berjalan-jalan seorang diri. Aku benar-benar berharap dapat pergi ke puncak balai cerapan. Tempat orang melihat anak bulan.

Dahulu ada seorang sahabat, seorang junior, yang dapat membawa aku ke mana-mana aku mahu. Dia memiliki motosikal. Namun, kemudian dia tidak lagi mahu melihat dunia. Dia melihat akhirat. Kemudian dia berhenti belajar, dan meneruskan pengajian di sekolah pondok.

Dia adalah seorang kawan yang sentiasa tersenyum, tidak pernah marah, dan sangat menyenangi hatiku. Selepas dia meninggalkan aku, aku lalu bersendirian. Tidak ada lagi kawan yang dapat kutemui untuk berbicara. Sahabat aku yang seorang itu, sering sibuk dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Dia ada berbuat sesuatu untuk membantu aku semester ini, sayangnya, tidak ada seorang pun yang mahu membantu mengajar aku. Sebab subjek yang aku ambil itu merupakan subjek tahun akhir. Tidak ada pelajar tahun akhir yang dapat mengajar aku. Aku terpaksa belajar seorang diri.

Petang tadi, aku melihat sekawan cina bermain bola keranjang, aku teringin juga, tetapi aku bukan orang cina. Kemudian aku melihat sekumpulan orang bermain bola tampar, aku ingin menyertai mereka, tetapi, aku bukan sekelas dengan mereka. Selepas itu aku melihat beberapa orang sedang berlatih bersilat. Aku juga ingin menyertai mereka, tetapi aku tidak ada pakaian yang sesuai. Aku melihat sekumpulan pelajar bermain bola, aku tidak ada kasut bola. Aku melihat pelajar bermain badminton, aku tidak ada raket badminton.

Pernah aku terfikir, apabila aku memiliki raket badminton, kemudian apa yang mahu aku lakukan? Duduk dan tunggu mereka memanggil aku? Kemudian mereka bertanya itu dan ini kepada aku. Pasti aku malu untuk menceritakan segala-galanya tentang diri aku.

Sejak akhir-akhir ini, aku sering bersendirian. Aku tidak mahu orang bertanya mengenai diri aku. Aku rasa semacam takut hendak menemui orang lain. Takut hendak bercakap dengan sesiapa pun, biarpun dengan orang yang rapat dengan aku sebelum ini.

Kemudian petang itu. Aku teringin hendak menghantar SMS kepada beberapa orang rakan. Mereka praktikal semester ini. Mereka adalah junior-junior aku.

Aku menghantar SMS kepada tiga orang junior: "Life is bore..."

Aku menunggu. Kemudian datang SMS. "PLEASE DON'T THINK SO"

Ini adalah juniorku, yang kemudian menyambung pengajian dalam bidang sarjana. Dia telah tamat pengajian setahun yang lalu. Aku belum.

Dua lagi tidak terjawab. Tiba-tiba datang satu SMS. Oh, ini SMS daripada seorang pensyarah. Pensyarah ini cukup baik dengan aku. Aku juga rasanya pernah bercerita mengenai dia. Agaknya dia tahu aku sedang bersedih. Aku menjadi perhatiannya di dalam kelas kerana itu. Ramai pelajar yang hairan kenapa pensyarah ini begitu suka dengan aku. Tidak, mereka tidak tahu, sebenarnya, pensyarah ini tahu kisah hidupku.

Ramai pensyarah tidak begitu, dapat memarahi aku. Mereka memarahi atau bertegas dengan kebanyakan pelajar, tetapi tidak dengan aku. Mereka tahu masalah aku. Malah sekiranya ada staf-staf yang berbuat kasar dengan aku, mereka pasti akan dipanggil menghadap big boss.

Sebab... aku pernah cuba membunuh diri. Ini adalah kenyataan. Kira-kira tiga tahun lepas, ketika aku mendapat keputusan muktamad.

Aku tidak boleh menukar kursus pengajian ke bidang yang aku suka. Semua jalan untuk menukar ke bidang sastera, bidang yang berkait rapat dengan penulisan sudah tertutup.

Aku terperangkap dalam dunia Matematik. Tidak ada jalan lagi. Aku juga menyesal kerana tidak menggagalkan diri aku pada semester pertama.

Semuanya gara-gara aku menjadi pelajar cemerlang di sekolah. Ibu bapa aku tidak membenarkan aku mengambil bidang yang dianggap senang atau ringan. Kerana itu juga aku terpisah dengan cita-cita asal aku. Mahu menjadi penulis. Selonggok buku-buku tulisanku musnah begitu sahaja selepas tersimpan selama lebih satu dekad.

Tetapi sekarang, aku tidak boleh berundur lagi. Aku tidak boleh gagal lagi. Namun aku yakin, suatu ketika nanti, apabila aku rasa aku terlalu membebankan. Tidak mustahil, untuk aku menganggap bunuh diri itu suatu yang halal.

Kenapa ada pengebom berani mati? Bukankah itu bunuh diri? Kenapa? Aku rasa, kalau aku membunuh diri semata-mata tidak mahu menyusahkan keluarga, itu sama juga dengan pengebom berani mati.

Tiba-tiba aku teringatkan dia. Dia melarang aku membunuh diri. Dia adalah seorang gadis cantik yang aku kenal di universiti. Suatu ketika aku termenung, kerana sedih dengan situasi aku. Dia datang, duduk di sebelahku, menegurku. Dia memahami aku sedang kesunyian, dan kami menjadi kawan rapat.

Kira-kira tiga tahun kemudian, datang seorang jejaka. Rakan sepermainannya semasa kecil di London. Gadis ini pernah bercinta dengan jejaka ini semasa kecil, sebelum keluarga masing-masing berpindah. Berpecah menuju karier masing-masing.

Mereka telah dipertemukan semula ketika cinta aku baru mula hendak berputih. Jika kau mencintai seseorang, lepaskan dia pergi. Aku tahu, aku cuma orang ketiga, penghalang cinta yang belum pernah putus. Gadis ini menemui semula lelaki yang terpisah dengannya. Aku mengambil keputusan berundur...

Hubungan kami berakhir sebagai sahabat. Beberapa bulan lepas dia berkahwin dengan jejaka itu. Dia tidak menghantar kad kepadaku, kerana aku tahu, dia tahu, dia akan menyakitkan hati aku, biarpun aku redha melepaskannya. Kad itu akan melukakan aku, dan dia tidak mahu menyebabkan luka di hatiku. Jadi dia tidak mahu mengirimkan kad itu.

Pada hari dan bulan perkahwinannya, seorang lagi sahabat baik aku, yang aku anggap sebagai kakak angkatku, menghantar mesej kepadaku. Mesej itu, aku pasti, kerana wanita itu cuma mengambil berat. Dua orang gadis ini, telah menjadi puan. Salah seorang daripadanya telah memiliki seorang anak. Aku telah melihat foto anaknya, mata anaknya mirip ibunya, dia.

Dahulu kami selalu bersama dalam melakukan tugasan. Trio terhebat ketika itu. Seorang jejaka dan dua orang gadis. Aku menganggap dua orang gadis itu sebagai sahabat yang paling rapat. Selepas peristiwa itu, aku tidak lagi berani bercinta. Sehingga sekarang.

Selalu kesunyian... aku tidak mahu bercinta sehingga aku pulang dengan segulung ijazah. Kalau aku bercinta, aku cuma menambah beban keluargaku dan terhadap orang yang kucintai itu nanti.

Jadi biarlah... biarlah aku kesunyian. Biarlah kesunyian itu meracuni aku. Aku tidak kisah. Apabila aku bosan, bila-bila masa sahaja, aku boleh pergi meninggalkan dunia ini.

Aku ini membebankan orang bukan? Kalau aku tidak ada, aku tidak akan menyusahkan orang lagi. Pengebom berani mati? Aku pula mengebom beban yang menyusahkan orang lain. Aku ini, sendiri adalah beban.

Label:

posted by Romantis Selatan @ 9:03 PTG   0 comments
Pada Petang Yang Sunyi

Petang ini, hari ini, kelmarin, semalam dan sebelumnya. Aku rasa kesunyian. Sejak akhir-akhir ini, aku sering mengalami sakit kepala. Aku seolah-olah tidak dapat membezakan kebenaran lagi. Wujud kepercayaan yang membezakan dunia nyata dan palsu. Seakan-akan delusi.

Semalam, aku bermimpi, seorang pensyarah Matematik, telah meluluskan satu subjek yang menjadi kebimbanganku. Dia menukar markahku dan ini menjadikan aku lulus subjek tersebut. Kemudian aku tersedar, dan mendapati, itu cuma mimpi.

Aku ingin keluar dari bilik yang gelap ini. Aku ingin mencari cahaya. Semua orang pasti membenci aku. Aku adalah bebanan semua orang. Aku adalah orang yang mengecewakan semua orang. Orang yang tidak dapat membuat keputusan yang betul untuk diri sendiri.

Aku adalah orang yang rugi. Selalu merugikan diri sendiri. Sifat lembut hati adalah puncanya. Semua orang yang pernah meminta tolong kepadaku sudah pergi jauh. Mereka tidak mengenali diri aku lagi.

Apabila mereka mendapat berita kejayaan. Mereka akan datang merisik. Cuma mahu berkongsi yang baik-baik sahaja, yang bahagia sahaja. Cuma itu. Kesedihanku, kesusahanku, mereka lontarkan jauh-jauh dari minda dan hati mereka. Tak kurang juga yang menyalahkan aku. Itu masalah aku, bukan masalah mereka.

Aku berdendam dengan mereka ini. Aku pasti, mereka suatu hari nanti akan diberi pengajaran. Kemudian mereka akan sedar, betapa mereka ini golongan yang mementingkan diri sendiri. Aku yang menolong mereka dan mereka cuma rasa, mereka WAJIB ditolong, tetapi apabila aku yang memerlukan pertolongan, mereka berpura-pura tidak nampak.

Mereka mempunyai alasan, mereka sibuk. Mereka ada kehidupan sendiri yang perlu mereka uruskan. Kalau begitu! Baiklah ...

... aku akan mengingati perkara ini sampai bila-bila. Kehidupan mereka akan musnah dengan sifat pentingkan diri sendiri mereka. Mereka ingat ini adalah permainan. Kalau begitu biarlah kebinasaan menjadi permainan hidup mereka... sampai MATI!

Label:

posted by Romantis Selatan @ 5:27 PTG   0 comments
Rabu, Oktober 24, 2007
Keras Hati!

Aku kembali dalam dunia penulisan blog tanpa diundang. Aku meninggalkan dunia blog juga tanpa diiringi sesiapa. Sesungguhnya, cuma kesunyian yang menemani hidup aku.

Hari ini aku keluar dari bilik yang serba gelap. Semacam ada satu kuasa, mendesak aku, supaya keluar melihat langit. Cuaca yang cukup cerah pada hari ini, menyebabkan aku, terdetik rasa rindu kepada segala-galanya yang aku tinggalkan sejak beberapa hari lepas.

Aku rindu pada pohon-pohon hijau. Aku hiba melihat perubahan yang telah berlaku. Inilah dunia yang aku cuba asingkan diri aku. Dunia luar. Kebebasan. Seperti manusia yang baru bangkit dari alam barzarkh, aku rasa seperti telah hidup semula.

Aku menghirup nafas udara luar secukupnya. Matlamat aku hari ini, aku mahu meminta supaya satu subjek dibuka pada semester hadapan. Biar pun aku rasa aku akan kecundang satu subjek pada semester ini. Aku tetap berkeras hati!

Siapa tahu? Kalau-kalau aku berupaya lulus untuk subjek yang satu itu? Aku tetap mahu memperjudikan nasib, kali ini. Aku mahu, mahu memijak takdir yang malang!

Ingat! Dendaman aku semakin hari semakin kuat. Manusia telah meminggirkan aku. Manusia telah meninggalkan aku ketika aku dalam kesusahan. Manusia juga yang mempergunakan aku untuk kepentingan masing-masing. Mereka tidak memandang aku, ketika mereka dalam kesenangan. Aku benci manusia-manusia ini!

Mereka menyalahgunakan kuasa yang ada! Aku mahu semua manusia tahu bahawa kegeraman aku, dendaman aku semakin hari semakin menyala-nyala. Aku pasti, dia juga merasai apa yang aku rasa! Alam paranormal, alam psikik, alam syaitan, alam kufur, alam ghaib! Dengarlah jeritan aku ini!

Aku berdendam. Segala penyebab penderitaan aku selama ini, akan aku balas berkali-kali ganda. Dunia ini tidak ada lagi kasih sayang. Dunia ini adalah rimba dan manusia itu adalah haiwan. Hukum rimba adalah undang-undang dalam dunia ini.

Kalau begitu, biarlah aku kembali menjadi Garuda Bersayap Perak - Garuda Yang Memberontak! Aku benci manusia-manusia yang menindas keluarga aku! Aku berdendam dengan mereka semua. Untuk setiap titik darah dan air mata. Untuk setiap saat kesedihan, kesunyian dan derita. Aku akan membalas!!!

Label: ,

posted by Romantis Selatan @ 12:12 PG   1 comments
Selasa, Oktober 23, 2007
Ini Adalah Dendamanku!

Sepanjang beberapa tahun, sejak tangisan terakhirku, aku bersemadi di dalam bilik kurunganku. Tidak pernah lagi mengeluarkan suara, berbicara dengan sesiapa.

Bilikku serba lengkap dengan kegelapan, cuma ada cahaya dari tingkap berdekatan. Inilah dunia serba sunyi, yang menakluki kehidupanku, pemikiranku, kebahagiaanku, kerinduanku dan harapanku.

Bagaimana perasaanku? Cuma kemurungan dan dendam. Aku membenci, tidak lagi mempercayai sesiapa di sekelilingku. Biarpun pembaca blog ini juga kuanggap sebagai musuh yang mengetawakan aku. Tidak akan ada sesiapa pun yang mampu berniat untuk menolongku keluar dari penderitaan ini. Aku membenci kalian semua!

Aku berdendam dengan masa silamku. Suatu masa nanti aku akan membalas! Membalas terhadap semua yang menjadi punca penderitaanku selama satu dekad ini. Aku berdendam dengan kalian semua!

Masa silam, keputusan dan nasihat yang menjadi punca penderitaanku. Jangan harap akan aku lepaskan dengan begitu sahaja. Takdir itu akan runtuh, pekak, buta dan rapuh dalam tanganku!

Ketika orang lain mengejar cita-cita dengan gembira, ketika orang lain bersama teman-teman mengecapi kejayaan dengan bahagia, aku dibiarkan menderita, menanggung kesunyian dan rasa bersalah seorang diri! Celaka mereka semua!

Ini adalah dendamanku. Biarpun jalan gelap yang kuikuti, aku pasti, akan membalas dendam terhadap mereka semua! Masa silam yang jahanam! Masa silam gelap yang zalim! Dan masa depan yang berani membuli kehidupanku! Aku akan membalas!

Label:

posted by Romantis Selatan @ 11:40 PG   0 comments

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites