Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)

Ini adalah blog mengenai perbicaraan antara manusia dengan... pelbagai perkara. Penulis menganggap takdir sebagai pembaca setia surat-suratnya yang sudah nyata tidak mampu dikirimkan kepada empunya. Mereka... mungkin sudah tidak ada lagi. Penulis memiliki definisi tersendiri terhadap kesunyian. Apakah erti kesunyian? Aku memahaminya tetapi engkau tidak.
Isnin, Jun 04, 2007
Aku Tidak Memiliki Ibu Lagi

Barangkali, ini adalah jalan untuk aku ke neraka. Aku memiliki ibu tetapi, ibu sudah tidak lagi wujud untuk aku. Aku sangat marah, kerana ibu aku menghina aku. Dia menafikan apa yang telah aku lakukan. Soal wang dibangkitkan lagi. Aku semakin benci dengan wang.

Adakah kerana memikirkan soal wang, maka berlakunya konflik ini? Hari ini aku benar-benar berang. Ibuku menuduhku melakukan sesuatu perkara yang bodoh. Baginya setiap perkara mestilah ada ganjaran. Material. Wang. Dia memarahi aku kerana melakukan sesuatu tanpa mengharapkan ganjaran. Dia mengatakan aku seorang yang bodoh. Dan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada aku. Sedangkan apa yang aku lakukan ini sebenarnya adalah untuk meringankan beban kewangan semasa pengajianku. Ibuku tidak nampak, kerana aku tidak dibayar wang. Aku sudah mengira, sekitar RM900 akan dapat dijimatkan menerusi tindakan aku ini. Ibu aku tidak nampak.

Pada 12 Mei lalu, segala-galanya menjadi angin. Ibu bapaku juga bergerak ke tempat yang sama. Aku merancang untuk pergi ke rumah saudaraku, menumpang di sana kerana ada tujuan yang sangat serasi dengan kehendakku. Namun kerana ada suatu musibah, ibu bapaku juga bergerak ke tempat yang sama. Kebetulan adikku mahu mengadakan tugasan di sana dan meminjam kenderaan ibu bapaku. Jadi mereka berangkat bertiga. Kalau aku pergi ke sana tempoh hari, sudah pasti aku akan bertembung dengan ibu bapaku.

Ibu aku menyalahkan aku kerana tidak mengambil ubat kerana migrain pada semester lalu. Berpunca dari cuaca panas yang ketara pada akhir bulan Disember 2006 lalu, sehingga sekitar awal bulan April tahun ini. Aku melakukan terlalu banyak kerja. Katanya. Dia tidak membenarkan aku melakukan pelbagai perkara dalam satu masa lagi. Sebenarnya, punca migrain ini kerana cuaca yang sangat panas ketika itu. Bukan kerana aku melakukan terlalu banyak perkara dalam satu masa.

Dalam hal ini, pastinya aku silap. Dua perkara yang menakutkan aku ialah wang dan pergi ke hospital untuk mengambil ubat. Aku tidak suka kesan sampingan daripada ubat yang diambil. Aku tidak suka wang kerana wang banyak menimbulkan masalah.

Ibu aku memutuskan untuk tidak memberikan aku wang saku lagi. Dalam erti kata lain, pada semester hadapan, aku harus mencari wang sendiri. Bagi aku, soal wang bukan soal utama. Cuma apa yang bermain dalam kepala aku sekarang ialah, jalan hidup aku sekarang semakin berbahang neraka.

Aku perlahan-lahan menapak menuju ke pintu neraka. Aku tidak perlu menyalahkan takdir dalam soal ini. Kadangkala, neraka sukar dielakkan. Ketaatan seorang anak? Aku bukan lagi anak yang taat.

Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa malam tadi. Ibuku mendorong anak saudaraku yang berusia 4 tahun supaya meminta hadiah daripada ayahku. "Cuba minta hadiah dengan Atuk. Atuk mana hadiah?"

Kakakku melarang. Kakak aku tidak mahu anaknya diajar meminta-minta, berpaksikan material sebagai punca kasih sayang. Ibuku mengatakan, "Apa salahnya sekali setahun minta hadiah daripada Atuk."

Aku mula rasa jauh dengan ibu aku. Aku tidak suka perasaan ini. Manusia, adakah dilahirkan kerana wang dan material? Manusia, adakah bangsa yang menyusahkan diri, menekankan diri kerana wang dan material?

Hubungan aku dengan ibu aku sudah putus...

Label:

posted by Romantis Selatan @ 12:11 PTG   1 comments
Ahad, Jun 03, 2007
Jalan Ke Neraka

Apa perasaan anda, apabila anda memiliki seorang ibu yang begitu prejudis terhadap anak sendiri? Dia beranggapan anda sebagai seorang yang...

aku memiliki ibu seperti ini. Tetapi dunia ini memiliki undang-undang, seorang anak harus taat kepada ibu bapanya.

Ibu aku yang mengawal sumber kewangan kerana cuma dia yang masih bekerja. Apabila aku tidak memenuhi arahannya, wang saku aku boleh diputuskan seperti memutuskan hubungan antara ibu dengan anak.

Namun, ibu aku sudah menghina aku. Menghina apa yang aku lakukan, tindakan aku yang selama ini adalah berasaskan tujuan aku masih hidup di dunia ini. Aku tidak kisah pun kalau dia tidak mahu memberikan aku wang, tetapi jangan menghina dan menafikan keikhlasan aku apa yang aku perjuangkan, pendirian hidup aku.

Bagaimana aku dapat maafkan kata-kata seorang ibu seperti ini? Dahulu aku beranggapan, ibu bapa aku akan bangga dengan perjuangan ini, kerana aku telah cuba sedaya upaya aku untuk keluar dari tekanan dan kepompong mengharapkan ganjaran. Aku tidak mahu sekadar berbakti kerana wang, tetapi aku lebih mementingkan sumbangan.

Namun ibu aku sendiri yang memperkecil-kecilkan niat aku. Menghina aku, menuduh aku dengan tuduhan yang langsung tidak berasas.

Syurga aku hanya ketika aku di dunia, apabila aku mati, aku akan menuju ke neraka.

Label:

posted by Romantis Selatan @ 12:09 PTG   0 comments

© 2006 Surat Untuk Takdir (Bahagian 1, 2, 3 & Akhir)
Main title designed by Amiene Rev from Brotherhood of The Dragon
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Original Blogger Templates by GeckoandFly.

 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel Kesayangan Saya


Web This
Profil Penulis


Nama: Romantis Selatan
Lokasi: Malaysia
Pengenalan Diri: Mula menulis blog sekitar jam 1 pagi, Hari Ahad, 26 Mac 2006. Blog ini mengangkat tema "Cacat Matematik - Antara Cita-cita dan Ketaatan Seorang Anak" yang diselang-selikan dengan alunan kehidupan silam dan kini. Blog ini merupakan satu cara bagi penulis untuk mengubati dirinya daripada kedukaan dan kekecewaan silam hampir sedekad yang lalu. Penulis walau bagaimana pun cuma membongkar 1/4 daripada kisah hidupnya, di mana kisah-kisah silam berkaitan dengan kehilangan, kematian tanpa selamat tinggal dan kerinduan di dalam mimpi tidak dapat diluahkan kerana akan mengeruhkan keadaan dan membawa kesakitan yang tidak terperi untuk diingati. Ternyata, penulisan blog ada hadnya... Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir, adalah ekspresi penulis untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan Prinsip Jiwa Naga - Tegas dan Garang. Walaupun menggunakan nama Romantis Selatan. Penulis memegang prinsip apabila menulis buku: Penulisan Satu Cara Pengajaran/Pendidikan yang mementingkan Teknik Penyampaian Mesej yang kreatif dan bebas. Segala Hakcipta Penulis adalah Terpelihara (C) Romantis Selatan.
Maklumat Lanjut

Yang Sudah-sudah
Arkib
Jaringan Blogger
Mesej Pengunjung

Affiliates

Powered by Blogger
make money online blogger templates
Best Malaysian Sites